Saturday, November 5, 2011

Peringatan: Hati2 di jalan raya TERUTAMA mereka yang bergelar PEREMPUAN


Salam. First of all nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA pada semua umat islam. Tahun lepas, kecoh satu kampung kisah lembu korban kampung kitorang. Nak tau ape jadi? Klik SINI :)


Kali ni kiwi nak share mengenai kereta, safety and lain2 melalui pengalaman sendiri. Bukan la nak tunjuk teror, hanya sebagai peringatan dan sebagai pemberitahuan bagi yang belum pernah menagalami. Korang tau kan kereta kiwi ni dari awal lagi dah ada masalah. Tengok je entri NI untuk tengok kereta yang kiwi pakai. Malah, kereta tu pernah kena langgar dan kena toreh tau!


Dan seperti yang sedia maklum, kalau pakai kereta ni, macam2 masalah boleh timbul. Dulu awal tahun aircond rosak. Bila bawak bengkel dan ganti compressor barulah aircond tu elok seperti sediakala. Tak lama lepas tu, rosak lagi. Kali ni nak kena ganti cooling coil pulak. Lepas tu ganti no plat yang patah la, alarm tak betul la, kunci rosak la. Dan paling leceh bila bateri kereta habis terus! FUh! Berpeluh gak time tu. Dah la takde pengalaman kan. Siap kena tipu lagi. Geram! Kiwi punya la nak tolong melayu siap panggil mekanik melayu. Dia boleh kata bateri tu tak leh guna dah dan dia amik bateri kereta kiwi dan ganti baru. Dala mahal! Grrrrrrr!


Last week masa deepavali kebetulan kiwi cuti seminggu. Since kiwi tade keluar rumah, jadi kereta pun tak hidup seminggu lah! Bila esok nak balik baru kiwi start kereta saje2 panaskan enjin. Start je enjin, kiwi terbau benda terbakar. Ingatkan tak de pape la. Esoknya, kiwi gerak macam biasa. Lepas sejam lebih guna lebuh raya dengan tol RM7, kiwi dah masuk KL. Pergh! Kayap la kalau tiap kali naik tol banyak ni. Tapi sebab saje2 nak try tengok jalan baru, kiwi redah gak la. Bila dah dekat sampai tol jalan duta, tiba2 kiwi terperasan aircond dah tak sejuk lagi. Bila kiwi pandang meter temperature, tangan kiwi terus menggigil dan jantung laju sebab meter dah sampai tahap HIGH!!! Bukan merah lagi dah, tapi HIGH!!!


Huaaaa! Time ni cuak gila... Nasib la bukan sorang2.. Kalau tak dah lama kiwi nangis.. Huhu. Bila jadi camtu, kiwi cepat2 berhenti tepi jalan dan on button signal emergency. Then kiwi call abah kiwi. Abah kiwi pesan tunggu sampai meter tu turun, enjin, aircond, radio, semua matikan. Tingkap buka sikit dan make sure pintu kereta kunci dari dalam. Masa ni, entah berapa puluh kali kena hon sebab berhenti tepi lebuh raya tapi nak buat camne kan, dah emergency. Tak lama kemudian baru la plus ronda sampai. Diorang tolong bukak bahagian enjin dan kiwi nampak rupanya enjin dah berasap sebab air kat bahagian enjin kering terus dan ade bahagian yang bocor! Huhu Masa ni ada satu trak penunda dah sedia tunggu kot2 nak tunda kereta tu. Kiwi dah fikir, kalau kereta kena tunda, silap2 mau melayang 4-5 ratus ni. So kiwi cakap ngan plus ronda tu tolong supaya tak perlu guna trak penunda. Tak sanggup oh!Bila enjin dah sejuk sikit, dan diorang isikan air (lebih 2 botol), baru la kiwi berani jalan dan terus gi bengkel terdekat! Tak berani tunggu lagi. Syukur alhamdulillah, kiwi dapat sampai rumah dengan selamat dan servis kereta time tu just RM10 sebab just ganti klip yang menyebabkan bocor + isi air coolant.


Jadi, bila jadi kes2 macam ni kiwi nak pesan beberapa perkara:


1. Bila meter temperature dah takat merah, cepat2 berhenti kat TEPI JALAN dan matikan enjin. On button emergency dan kalau ada cone, letakkan kat bahagian belakang kereta supaya lebih selamat dan pemandu lain nampak.
2. Jika anda perempuan, dinasihatkan tak yah nak tunjuk pandai gi bukak bahagian enjin dll. JANGAN KELUAR dari kereta especially waktu malam sebab dah macam2 kes membabitkan perempuan dah terjadi. Duduk je dalam kereta, kunci dari dalam dan buka tingkap sikit. Kalau lelaki, korang boleh la tengok2 apa yang patut kan.
3. Kalau memerlukan pertolongan, call sapa2 yang terdekat mintak diorang datang cepat. Kalau korang kat lebuh raya, boleh call PLUS RONDA.
4. Elakkan jadi mangsa penipuan. Kalau ada india nak tolong, JANGAN! Dah banyak kali jadi dimana india usik enjin sikit tapi mintak beratus2 ddan ini diberitahu oleh orang plus ronda sendiri.
5. Elakkan kereta ditunda. Diorang ni pandai cari mangsa. Tapi kalau dah takde pilihan.. terpaksa la kan...
6. Cepat2 hantar kereta ke bengkel. Lagi lambat, makin banyak pulak yang rosak.

Tu je daripada kiwi. Jika ada tambahan, sila komen okeh :)


Sebelum mengundur diri, kiwi nak nasihat pada siapa yang pakai kereta, pastikan dalam kereta ada barang2 berikut:
1. air spare (at least 2 botol)
2. tali (in case kalau kereta mati tengah jalan)
3. alat penyambung bateri ( tah ape nama)
4. alat ganti tayar (in case tayar bocor). Kalau ada tayar spare lagi bagus! Hehe


Tiga benda ni penting tau! Sekian sahaja untuk entri kali ni. Semoga info yang kiwi kongsi ni bermanfaat untuk semua :)

4 comments:

K said...

nice sharing XD

selamat hari raya aidiladha :)

Mohamad Rivai said...

iya, sekarang di Indonesia juga banyak kasus pemerkosaan di transportasi umum.
hati hati kalau pergi menggunakan kereta umum.

selamat hari raya kurban :D

zoul yazix said...

kalau boleh ada bau pelik pelik, tengok je enjin tu.

macam dulu, ada bangkai kucing mati celah enjin. 3 hari juga la fikir apa motif kucing tu bersemadi celah celah enjin Exora mak gua.

kiwi said...

@zombie serius? dia tak sempat keluar masa hidupkan enjin kot. huhu

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)