Tuesday, May 9, 2017

Ade rahmat Allah nak datang ke

Di atas perit kau menari
Di atas tangis kau bernyanyi
Kau sayat hatiku dengan cintamu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Cinta bukan hanya harapan
Cinta tapi kepastian
Cinta bukan menyakiti hati

Di saat luka kau tak ada
Di saat duka kau tak setia
Cinta seharusnya tak begitu
Lagu cinta



3 hal yang membuatkan hariku semalam terasa pedih.

1. Dalam keadaan penat & letih balik kerja ditambah lagi dengan pagi tu yang memerlukan aku ke hulu ke hilir menyebabkan aku tak sempat pun makan T T. Mujur jalan tak jammed. Sampai Nilai dah dekat maghrib. Nak parking kereta, tiba-tiba dumm!! Ye, aku terlanggar kereta orang masa reverse. Seriously aku tak nampak kereta tu. Masa tu dah terbayang kereta aku T T. Mujur kereta orang tu tak de pape. Tapi kereta akuuu!! Pedih T T. Calar, retak sikit kat bumper. Aku tak cakap pun dengan sesiapa pasal tu. Orang dalam kereta je tahu.

2. Aku jumpa beberapa ex-student yang ada kat situ. Sembang-sembang masa makan. Dalam tak sedar salah sorang on camera hp dan upload story kat instagram yang ada muka aku yang memang tak lawa nih tengah menganga. Kau rase!!!!! Aku suruh padam, dia boleh buat lawa bodo benda tu 24 jam hilang. Masalahnya tak mintak izin aku pun. Aku dah inform yang aku tak upload gambar kat mana-mana media sosial yang aku ade. Kenapa kau, sibuk2 nak upload gambar orang? Upload gambar kau cukup lah. Aku tak redha.

3. Orang yang paling aku tunggu tak muncul. 

Dah. Diam-diam je. Kau kan dah biasa. 

Monday, March 6, 2017

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Hi readers.
Hari ni kiwi nak cakap pasal pembelajaran abad ke 21. Bagi guru-guru, benda ni memang dah di sebarkan ke semua sekolah, namun tak semua kelas sesuai untuk gunakan konsep pembelajaran abad ke 21 ni.

Antara kekangan yang dilalui oleh guru-guru pastilah dari segi masa. Nak buat aktiviti berasaskan murid sepenuhnya, set induksi saja boleh makan 30 minit. Aktiviti pulak kalau nak mencapai objektif pembelajaran, hanya boleh bagi 2-3 soalan mudah. Rugi lah! Pelajar boleh pergi jauh! jadi bagi pelajar kelas depan, diorang akan cepat rasa bosan sebab aktiviti kurang memberansangkan otak. Bagi pelajar kelas belakang, tentulah seronok. Tapi biasanya tiada sesi latihan. Makanya jadi kerja rumah la latihan tu. Dan bila soalan yang dibincangkan dalam kelas sikit, pengetahuan pelajar sikit, maka kerja rumah biasanya buat sikit jelah pasai tak tau.

Yang kedua dari segi penyediaan bahan. Cikgu sendiri tak dak masa woi! Asyik duk buat kerja-kerja pengkeranian. Fail. Penyediaan soalan. Meeting, meeting, meeting. Kursus. Tak terkejar.

Yang ketiga bahan. Kalau takdak LCD Projektor, kena booking bilik APD. Berebut2, boleh bawak gaduh. Kalau tak cikgu kena beli sendiri la. Hamboih! mentang cikgu KAYA, semua cikgu nak kena beli nohhh.. Kalau tak, guna kertas mahjung. Kiwi prefer guna kertas recycle. Kahkahkah. Lantak la orang nak kata apa. Kami bukan ajaq anak orang senang semua nak kena beli. Pakai apa yang ada sudah la.

Seterusnya kesediaan pelajar pulak. Nak pi gerak turun masuk bilik APD pun ambik masa 15 minit. Nak kena perambat dulu baru nak lekaih aihhh..

Tapi apapun alasan cikgu, ni kiwi nak habaq mai ni. WAJIB GUNA PDPC ABAD KE 21 waktu PEMANTAUAN NAZIR. Ada paham? Kalau tak, markah cukup2 makan je. Sekian, luahan rasa tak puas hati chekgu kiwi.


Yang menurut perintah,
Chekgu2

Friday, October 14, 2016

kasih sayang ke :))

Assalamualaikum. Hi readers. Cet. Macam la ade pembaca setia lagi. Ahaks.

Okay. Disebabkan blog setiaku ini telah berabuk, aku decide untuk update ah sikit.


As you know, I am still continuing my master in math edu. I have no motivation to do it anymore. I really need to talk to someone. I need some courage. I need it very much! But I hardly talk about it. I talk to no one. Urgh! But it's okay. I'll be okay. Well, people come and go and they are not going to stay unless there is something you can offer 'em. 


FYI aku sekarang ngajor subjek math form 5. And there's only 30 days left before SPM. So lately aku memang buat revision jelah dengan bebudak ni. Trying to help  'em to recall back what they have learned in these five years. There's not much problem for the first class students BUT for those GALUS HALUS MELU students, i need to push 'em harder. I tried to remind 'em that they must do the exercise everyday but nahhhh.. they refuse to listen. Hard you know dealing with students these days. Aigoooo sakit kepalaku.


kay kay yang bestnya aku dah suka plak gelak-gelak dalam kelas. bab membahan budak, aku la nombor satu. Kahkah. Sian deme. Al-kisahnya gini.


Masa tengah discuss jawapan, aku suruh budak-budak ni try dulu soalan. Sambil-sambil dorang jawab, aku round satu kelas nak tengok acano deme menjawab soalan. But seriously, cannot expect anything form 'em lah. So aku mintak budak yang reti tolong ajar kawan. Eh! boleh budak ni jawab tak nak lah, tak reti ajar lah. Banyak plak alasan kau! SO aku cakap ah, kedekut ilmu! Haha. Tapi dia ni memang suka menjawba pun. Dia balas 'biarlah, at least saya ada sumbangan. Teacher tu bukan bagi pape'. Eh, tak bagi pape kata kau. aku bagi ilmu k. kan kan readers kan. Aku kan ciguuu. hihi. Pehtu aku persoalkan balik dia tu bagi ape je. Tau dia jawab ape? Kasih Sayang! 

Aku pi belakang kelas lalu gelak berdekah-dekah. Gila lawak jawapan budak ni! Hahaha. Sampai budak perempuan kata seram. haha. Aku syak dia banyak sangat tengok cerita pukul 7 malam. Haih la budak-budak sekarang.. Speechless aku k.


Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)