Wednesday, November 17, 2010

Lembu korban lepas lari

Selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada semua umat islam.. Disebabkan aku tinggal di kawasan sebelah pantai barat malaysia, maka raya haji kitorang tak la semeriah negeri2 pantai timur. Cuti pon sehari je :( [bersedia la bakal2 cikgu yang dihantar ke kl or selangor..haha].

Aktiviti hari ni ada sikit la beza dengan hari2 biasa. Pagi2 lagi dah bangun. Lepas solat subuh, terus mandi sunat aidiladha. Trrr...memang tejukkk sgt air pagi2 ni..huu.. Dalam pukul 8 orang laki dah start pergi surau untuk solat sunat aidiladha [tempat aku tak dak orang pompuan pi solat sunat hari raya. kat masjid ke, surau ke sama je.] Sementara depa semayang raya tu aku pon duk usha2 la lembu yang nak korban. Huih..besO lembu diaa.. Garang pulak tu.. Orang lalu dia tengok je. Kalau naik motor lalu dia goyang2 kepala nak tanduk. Dah xbuleh dia goyang kaki macam nak kejor. Nasib tali pendek, so dia xleh pi mana la. Paling2 pon dia dok terajang kaki dia ja.. konon2 dia terajang orang yang lalu belakang buntut dia la tu..


"Ape tengok2?? Nak kena terajang??!" haha..ni dia lembu korban yg pertama..

ok sambung balik cerita tadi. Lepas habis khutbah raya orang laki kampung aku terus balik ke rumah masing2.Yela..takkan nak pakai baju raya yang cantik2 tu untuk sembelih lembu kan..so depa balik ni pon untuk tukar baju la.. Dah tukar baju depa pon kumpul ramai2 depan rumah sidang [sebelah rumah aku je]. Buleh tahan ramai la yang datang tengok. Paling ramai mesti la budak2.. Excited tengok lembu ek adik2.. [same la macam aku kecik2 dulu, hehe..] Buat tu buat ni alhamdulillah selesai korban yang pertama. Next..

Lembu yang kedua ni menurut adik aku warna putih. Aku tak pasti pasal tak tengok pon. Sebab tempat korban selang 2 rumah aku buat tak heran je la. Tiba2 aku dengar mak aku jerit "Hoi.. lekaih, lembu lari!!". Haa!! ganas tol sampai boleh terlepas!! Aku pon semangat ar tengok ikut tingkap. FUyooh, budak2 bertempiaran lari [Ha cuak kau..tau takot pergi dekat2 buat ape], orang2 tua yang mana naik motor pon teros pecut motor takut kena tanduk. [Haha sebagai penonton aku rase kelakar la pulak].. Yang mana berani tu depa duk tunggu nak tengok lembu tu pi mana. Mula2 aku tak nampak lembu ni lari ke mana. Rupa2nya si lembu ni boleh pulak dia pi redah sawah padi tok sidang a.k.a. pak cik aku then dia guna batas sebab nak larikan diri.


Cewah..dah terlepas tu relek je dia jalan siap lenggang2 kibas ekor kiri kanan lagi. Pastu boleh dia seberang palong sampai rumah mak cik aku kat belakang sana. Kelam kabut orang kampung pi belakang nak tangkap lembu tapi si lembu ni bijak. Dia nampak orang ramai2 siap bunyi motor, dia redah bendang lari tempat lain. Orang ikut belah ni dia lari belah tu. orang tunggu hujung tu dia lari hujung ni. Korang mesti selalu dengar orang cakap "bodoh macam lembu" kan. Ha..sekarang sapa berani kata lembu tu bodoh. tapi kan..kelakar jugak bila tengok lembu main2kan orang.. Hehe..

Lama jugak depa main kejar2 dengan lembu. Dekat sejam lebih! Dari jauh aku tengok lembu tu berjaya ditangkap. usaha untuk bawak balik lembu ke tempat penyembelihan tak berjaya walaupun dia ditambat belakang sebuah ford ranger. Ganeh..ganeh.. Last2 depa buat keputusan sembelih kat tempat tu ja. Dah sembelih lembu kedua ni dibawak naik ranger untuk dilapah kat surau kampung. End of the story..

Haha..macam mana? Pernah tak jadi kat tempat korang kes2 camni? Sebenarnya ni pon first time jadi depan mata aku. Kesnya camni, lembu ni sbnrnya penakut! Nervous ah tu nak kena korban. Jadi bila dia dengar bunyi motor banyak2 n budak2 jerit2 dia pon jadi gelabah. [Aikk..macam orang pulak dah]. Tu yang dia meronta kuat sampai putus tali. Menurut adik aku, sebelum tali tu putus lembu ni sempat jerit "mmmmooOOOOO!!!!" kuuuat sgt smpi orang t'kejut, bdk2 pon takut. Tu yang terlepas kot. Hoho..nasib la dpt tangkap balik..

p/s: Tahun ni dgr kata lembu korban 4 ekor.. Alhamdulillah, bertambah rezeki orang2 kampung ni..

2 comments:

zulicious said...

pergggghhhh....da ada gmbr lah entry ko... i like....kenapa lembu suka lari ek?hehe

kiwi said...

hehe..entry lame2 pon ade jgk..cuma yg baru2 je jrg ada..
lembu suke lari ke? heheh

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)