Sunday, November 14, 2010

0uh Teluk Intan

Assalamualaikum kepada pembaca. Lama rasanya aku tak tulis pengalaman sendiri dalam blog ni. Malas satu, tak tau nak tulis ape, then tak tau nak buat ayat macam mana. [Boleh pulak..] 0key la.. Now, nak story bout today and the day before.. Hari ni aku pi hantar adik aku balik kl. Tapi tak la hantar sampai kl, sampai kuala Selangor cukup.. lepas tu pandai2 la dia kan.. After that aku pi Tesco Kuala Selangor.. Saja jalan2.. Padahal semalam baru pergi Teluk Intan. Oh, lupa nak bagitau, semalam aku pi sana pasal ada kenduri kahwin anak kawan ayah + tengok nenek & atuk saudara kat Sg. Manik.

At first kitorang singgah kenduri dulu la kan, isi perut. Tema majlis perkahwinan ni hijau putih.. Semua serba hijau & putih sampaikan air pon color hijau.. Hihihi.. Daripada apa yang aku tengok, walaupun majlis diadakan kat kawasan taman, tapi cantik, siap ada red carpet dengan 2 pintu gerbang berhias lagi untuk sambut kitorang [cece..bajet cam VIP la tu]. Bab makan pulak memang superb lah.! Katering tapi seeedappp sangat. Siap ada aiskrim free lagi. Adik aku yang kecik 4 kali ulang-alik amik aiskrim, sampaikan suruh makan nasi pon tak nak. Cakap pasal nasi pulak, makan nasi minyak, lauk ayam goreng, daging masak kicap & udang masak kari. Ehh..biasa je.?? Haha..ni la yang korang tak tau.. Nampak je biasa tapi rasa dia…fuhh..luar biasa.. Jarang la kenduri sekarang nak rasa sedap macam ni.. Disebabkan sedap sgt, semua makan bertambah. Kalau layan diri alamat tak puas la kitorang.. Hihi.. N sebelum blah dari kenduri, sambar dulu aiskrim sorang satu.. Hehe menyempat aje.. Tak kira la tua on.. Pastu baru la kitorang salam tuan rumah.. Dapat la ape tu…..orang jawa panggil…bontrot a.k.a. door gift kot..haha..bukak2….aik..ado la jelly 4 ketul dengan epal hijau.. Huh?? Hijau jugak.. Hehe…

Next destination: Sg. Manik. Tak jauh pon. Lebih kurang 10-15 minit je dari kenduri tu. Tapi kat kawasan sawah padi. Uhh..dah berubah benor la tempat tu. Last time aku datang jalan dia still batu2. Huhhh, maunya tak berubah. dah berapa tahun aku tak mai… Last aku datang masa aku sekolah menengah kot. Ingat lagi, time tu aku pi merayap kat tanah and tetiba bila naik rumah ada sekor pacat terpacak kat tangan aku. Ape lagi, aku pon terloncat2 macam nak runtuh rumah. Dah la rumah kayu. Nasib la kuat sikit rumah tu. Huhu.. Aku memang, kalau pasal pacat…….SORRY!! Hiii..goli den!! 0key, back to the story. Kami sampai tu dekat pukul 2 dah. Rumah dia dah banyak berubah gk tau. Dah lawo. So bagi salam, 2-3 kali pon tak de orang jawab. [Upss, bagi salam tak de kena mengena dengan rumah cantik ye..hehe] Rupanya dua2 tengah solat zohor. So kitorang tunggu jela. Bila atuk [ayah aku panggil angah, aku tak tau nak panggil ape, so atuk je la] ni dah siap solat , dia pon bukak pintu.

Ingat nak terus jemput masuk, tapi tak. Lama dia tengok muka ayah aku… Pastu baru bukak mulut “Siapa ni? **** kah?” Ayah aku pon jawab le, bersurah banjar. Rupanya mata dia dah tak berapa nak nampak.. Biaso la.. Orang dah berumur kan. . Yang nenek pulak baru siap solat. Telekung pon belum sempat bukak. Dia solat atas kerusi dalam keadaan duduk je sebab kedua kaki dah tak boleh nak gerak. Sakit Gout. Selama ni pon nenek gerak guna kerusi roda je. Huu..sian gile..dah la tua. Duduk berdua je. Yang sorang sakit. Yang sorang mata tak berapa nampak. Pesal la anak2 demo tak nak duk situ. Harap2 parent aku tua nanti kitorang adik beradik xbuat camtu. Yela, mak ayah bela sampai besar. Dah senang tinggal mak ayah sorang2. Tak patut tau.

Kat rumah tu la kitorang tumpang solat. Sementara tu, adik aku yang kecik dok rajin bersembang ngan nenek tu. Dia ni punya la terus terang. Dia Tanya “Nenek, nenek tak masak ke?” Huhu..mano la nenek tu larat. Gerak pon atas kerusi roda. Tapi dalam pada tu nenek tu still nak buatkan air and hidang makanan tuk kitorang. Baik kan..tapi ade la volunteer nak tolong, takkan kitorang nak biar je nenek buat air sendiri. Tak baik tau susahkan orang tua..huhu..

Kitorang stay situ sampai pukul 3 lebih then balik rumah dekat kol 5. Pas solat aku pon tido.. Letih + penin. Ntah kenapa sejak akhir2 ni asik fenin je naik kete. May be cuz pewangi kete. Huh.. Dislike!!

11 comments:

zulicious said...

wahhh smngt nk gak ais krim tu....ingt kan ko dpt posting teluk intan...hehe

kiwi said...

hahahah

anip said...

orang banjar ke :O

kiwi said...

Abah banjar, mama kedah. Kiwi orang melayu. Hehe

anip said...

abes kiwi reti besurah banjar tak...
he2

kiwi said...

malangnya, tidak. Huu~

anip said...

rugi2x..hehe

kiwi said...

anip banjar ke? boley cakap banjar?

anip said...

erm.anip org banjar.
reti je ckp banjar.tu pon sbb mak abah org banjar ;p

patut la muke kiwi mcm typical org banjar,sbb ade darah banjar eh rpenye :O

kiwi said...

oh, camtu boley la kiwi menuntut ilmu dengan anip ni..

anip said...

boley je...
rugi ohh klo anak banjar x rti ckp banjar..bhsa jiwa bngsa...waka waka :O

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)