Mungkin apa yang bakal anda baca telah pun anda ketahui, namun sedikit sebanyak kiwi ambil juga daripada pengalaman orang2 disekeliling seperti adik2 dan juga pelajar2. Selamat membaca!
---------------------------------------------------------------------------------------
Remaja. Atau dalam bahasa inggerisnya teenagers.
Secara umumnya, mereka yang berada dalam lingkungan umur 12-22 tahun adalah remaja. Dalam lingkungan umur ini, banyak perkara yang akan berubah dalam diri mereka samada dari segi fizikal atau mental. Kebiasaannya, perubahan remaja ini berlaku sedikit demi sedikit. Bagaimana perubaha yang dikatakan? Kita lihat dari segi mental mereka.
Bermula umur 12-14 tahun: pemikiran mereka telah semakin berkembang. Perasaan ingin tahu mengenai semua perkara seperti perkara2 berkaitan jantina berlawanan juga lebih kuat daripada sebelumnya. Oleh itu, dalam umur begini mereka mula mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru, sudah mula nak bergaya dan melawa. Tapi ada juga yang kata selekeh tu cool. Sebenarnya TAK ok? Sangatla BURUK bila tengok orang selekeh2 ni especially student. Sakit mata. Ingat girls suka budak selekeh ke? NO way! Tapi, kalau dalam pada selekeh tu dapat tackle jantina berlawan tu dah kira bagus la. Maklumlah, kawan2 lain semua single. Yang dia muda2 dah ada someone special la katakan. Fuh.. bangga tak terkata.
15-17 tahun: Masa ni, remaja akan merasa mereka dah besar. Dah boleh berdikari. Dah pandai buat keputusan sendiri. Dah boleh fikir mana baik mana buruk. Apa yang diorang cakap, semuanya betul. Apa kita cakap semua salah. Bila dimarah, sensitip yang amat. Maklum lah, dah besar2 ni mane boleh kena marah. Jatuh ego wooo. Bila ditegur, ade je benda diorang nak jawab.
18-22 tahun: Ketika ini, dah berada di akhir usia remaja. Kiwi dah beritahu diawal tadi, otak matang selepas 20 tahun. Tak percaya? Fikirkan semula apa yang telah anda lalui sebelum dan selepas umur 20 (bagi yang dah lepas 20 la). Bagaimana anda membuat keputusan, cara anda menyelesaikan masalah dan bagaimana anda berhadapan dengan teguran dan kritikan. Adakah masih sama atau telah semakin baik? Jika masih sama, jaga2 kerana dikhuatiri pemikiran anda masih tidak matang. Opss, kiwi bergurau saja. hehe.
Okey, setakat ni je dulu. Korang sendiri pun, fikirkan lah betul atau tak apa yang kiwi bagitau ni. Kalau ada apa2 nk kongsi, silakan :)
4 comments:
tapi kenape ek banayak je yg CN jumpe lebih 20 pon xmatang2 lagi,.huhu,.somewhere wrong la tu ek,.hi hi
umur cuma satu petanda aras tahap kematangan yg sepatutnya.
bnyk fktor lain yg mmpengaruhi kematangan...
Cth: persekitaran, cara berfikir, pergaulan, tahap pendidikan, sosial, dan kehenseman(yg ni tipu)...
ada yg cepat matang dan ada yg lmbat, bergantungla pd seseorang.
p/s: saya blum matang :)
@**::CIKNUURUL::** agaknye? Hihi
@keri ikhwan Betul, matang ni atas banyak faktor. Kiwi ambik isi ni daripada pemerhatian ke atas pelajar2 kiwi yg memang tak matang! Hihi
p/s: Bila nak matang :P
Post a Comment