Saturday, June 4, 2011

Sinopsis Nora Elena, Fanpage, facebook Ahmad Seth Tan dan Nora Elena



Sebut pasal Nora Elena, mesti semua orang akan terbayang akan Siti Saleha dan Aaron Aziz. Tak pun terfikir pasal novel 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaika. Malah ada fanpage untuk Ahmad Seth Tan dan Nora Elena dibuat kat facebook gara2 demam Nora Elena. Maklum la, sekarang drama Nora Elena ni pun memang tengah famous kan. Sebagai blogger, kiwi turut terkena tempias. Mana taknya, entri [klik sini] yang kiwi tulis berkaitan Siti Saleha dan Aaron aziz ni dah jadi antara entri yang paling banyak orang view. Malah hari ni je dah beberapa orang asyik search pasal Nora Elena kat blog kiwi.

Wah3~Minat betul rakyat Malaysia dengan drama ni ye. [Hehe, padahal kiwi pun minat jugak :P]. Yang jelous dengan Nora Elena sebab dapat suami idaman macam Ahmad Seth Tan pun ramai ye tak? Haha, mula la berangan nak hidup bahagia aman sentosa dengan suami idaman tu. Tak gitu?

Jadi untuk tidak membuang masa, kiwi senaraikan beberapa Fanpage dan Facebook Ahmad Seth Tan dan Nora Elena. Pada siapa2 yang dah jadi fan diorang, lepas ni bolehla add diorang kat facebokk!

------------------------------------------------------------------

Fanpage Ahmad Seth Tan

Facebook Ahmad Seth Tan

Lagi Fb Ahmad Seth Tan

Fanpage Nora Elena

-----------------------------------------------------------------------

p/s: Oleh sebab ramai sangat yang minat dengan cerita ni, Jadi kat sini kiwi nak bagi sikit sinopsis Nora Elena.


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?

10 comments:

Firdaus Life said...

aaaahhhh kenapa ramai blog buat entri pasal cerita ni ? hahahah

Kegilaan Sekarang

olen said...

hehe. nora elena best. tapi selalu termiss nak tengok.

kiwi said...

Freaky: sebab boleh tarik traffic kot :p

kiwi said...

zureen: ha camtu kena tunggu ulangan la. tapi bla tu kiwi tak tau. biasanya cerita2 yang best2 TV3 akan ulang tayang

Nur Najwa said...

salam kiwi ^__^
saye suke entri ni,
saye suke tgok siti saleha :DD
die lawa =)) ^___^ nora elena :))

kiwi said...

thanks :)

Siti Saleha memang cantik, berganding pulak dengan Aaron Aziz. Nampak sesuai

sue perbs.. said...

haah la.. tk pnah bce novel tu.. nora elena ok la.. layan je klu dh tk de citer

Cik Bulma said...

Best btol cite ni...Sweet sgt tgk Seth ngn Nora...Ase nk cri llki y cmtu jugak...msti gegurl kt lua sane pon angankn bnde y same kn??

kiwi said...

@sue perbs: kiwi pulak layan kalau ada masa :P

kiwi said...

@Cik Bulma: tau takpe cik bulma. rasanya lelaki yg dh kahwin ramai risau, takut bini diorang nak diorang berubah jadi macam Seth jugak :P

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)