Saturday, June 11, 2011

Diskriminasi: Perlu atau tidak?

Tangan tengah sibuk menyabun pinggan mangkuk. Sambil2 tu okak pun berjalan. Fikir, apa yang nak ditulis dalam entri hari ni. Oh salah. Taip, bukan tulis. Hehe. Otak pun mula menerawang teringat kat beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Macam2. ENtah macam mana boleh teringat ke seorang manusia ni. Lalu muncullah tajuk ni dalam kepala kiwi, Diskriminasi: Perlu atau tidak? Pendapat kiwi dari sudut pandangan seorang pendidik.

Perlu ke diskriminasi? Di negara kita sendiri iaitu Malaysia, banyak berlaku diskriminasi kaum. Ialah, dah berbilang-bilang kaum ada kat Malaysia. Pun begitu, kaum majoriti ialah melayu diikuti cina dan india. Kaum2 lain seperti kadazan, iban dan lain-lain merupakan kaum minoriti. Oke, sekarang balik pada tajuk. Perlu tak diskriminasi kaum?

Kiwi kata perlu. Sebab apa? Kita tengok sekolah. Ada sekolah rendah ada sekolah menengah, ada lagi sekolah pondok, sekolah agama, sekolah cina, sekolah tamil dan jugak sekolah biasa yang campur melayu cina dan india. Antara semua sekolah ni, paling banyak ialah sekolah rendah. Tumbuh macam cendawan. Merata2 ada sekolah rendah. S

eperti yang umum tau, sesetengah sekolah pondok dan sekolah agama ni bangunannya buruk-buruk, kemudahan tak lengkap, buku pun kadang-kadang tak cukup, kelas tak banyak dan lain2. Ada jugak sekolah-sekolah lain yang macam tu tapi tak banyak. TAK BANYAK. Pun begitu, kiwi tak cakap semua sekolah pondok dan sekolah agama macam tu oke. SESETENGAH sahaja.

Sekarang, bayangkan jika diskriminasi tidak diamalkan di Malaysia. Semua peruntukan untuk sekolah2 dibahagi sama rata kepada semua kaum tak kira jenis sekolah. Kesannya, pelajar2 yang belajar di sekolah jenis cina dan tamil akan mendapat lebih banyak manfaat berbanding pelajar di sekolah agama dan sekolah biasa yang kebanyakannya adalah kaum melayu melayu. Ini disebabkan peruntukan diberikan adalah sama. Namun jumlah sekolah dan pelajar mereka lebih sedikit berbanding kaum melayu. Jadi mereka boleh gunakan peruntukan tu untuk bina sekolah yang lengkap serba serbi dan menggunakan teknologi moden.

Dibandingkan dengan kaum melayu, dah la kaum paling ramai, sekolah pun banyak, tapi peruntukan sama macam kaum lain. Bagi sekolah sana bagi sekolah sini, semua sekolah dapat peruntukan ciput [tak banyak]. Bila peruntukan ciput, jadi kemudahan yang sekolah2 dapat pun ciput la. Bila kemudahan tak banyak, korang fikirlah sendiri kesannya kepada kaum melayu. Haa.. Adil ke macam tu? Jadi kiwi nak tanya korang, sekarang ni perlu tak diskriminasi?

Sebut pasal sekolah. Korang sendiri tengok yang student ni macam2. Ada yang pandai, ada yang kurang, ada yang normal ada yang tak normal/ abnormal [sindrome down, lembam, pekak, bisu, special case dll]. Perlu tak diskriminasi pelajar?

kiwi kata perlu. Sebab apa? Bayangkan pelajar normal dan pelajar abnormal belajar dalam satu kelas. Buatnya pelajar normal main ejek2/ kacau pelajar abnormal tu, tak ke haru kalau tiba2 dia mengamuk. Ape, ingat diorang takde perasaan ke? Tak pun tiba2 ada yang terrr buang bahan buangan. Ngee~ Tau2 jela pelajar abnormal ni special sikit. So perangai diorang pun lain sikit. kan ke menggangu P&P namanya. Tak pasal2 P&P tergendala.

Atau pun, cikgu mengajar macam biasa. Tak ada kes2 macam yang kiwi sebut tadi. Bila habis masa, pelajar2 normal kata paham apa yang cikgu ajar. Tapi macam mana dengan pelajar yang abnormal? Mungkin ada dalam kalangan diorang yang lembam, yang pekak, jadi boleh ke dia paham? Sila fikirkan..


*** BERSAMBUNG.. Hehehhe, jangan maraaa. kiwi nak pergi makan nasi minyak kejap. nanti petang kiwi sambung balik okeh... tunggu tau! ;))

-------------------------------------------------------------------------

ikuti sambungannya di SINI.

11 comments:

Syuxer said...

owh baru saya faham..ada benar gak kata cikgu..:)

saya amat suka andai sekolah pondok dipertingkatkan kualiti yang sedia ada bagi melahirkan tahfiz yang betul2 soleh..:)

Sern said...

hehe.. Sern bakal cikgu dan akan bergelar cikgu 2 tahun stgah dari skrng..hopefully la kan.. tapi.....
sern keliru la apa yg kiwi tulis tu...apabila perkataan perlu tu digunakan..haha.. Sern agak kurang memahami apa kiwi maksdkan..ngeee...sorry2...

Onitsuka_hana said...

Hana rasa perkataan diskriminasi tuu mcm kureng sesuai la untuk pelajar abnormal dan normal. Kalu perlu diskriminasi xpayah la susah2 kerajaan nak wat kelas pendidikan khas..biar je.. Disebabkan xda diskriminasi lah Pelajar yang Berkeperluan nie dapat belajar seperti pelajar normal, perge sekolah, pakai baju sekolah

sergeant keroro said...

hehe,setuju!!

tapi diskriminasi kaum tak perlu.

dan aku rasa yang lagi tepat istilah bukan diskriminasi, tapi lebih sebagai hak bumiputera.

mungkin ada sesetengah orang melihat ini sebagai diskriminasi, tapi sebenarnya tidak :)

yang sal pelajar tu, maybe lebih kepada pengasingan disebabkan physical or mental defect.

namun pandangan masyarakat yang sebabkan munculnya sifat diskriminasi ni.

hihi XD

*dari pandangan alien :P

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

setuju..tp sebetulnya bkn diskriminasi tp pmbahagian yg adil..

cik kacak said...

seronok baca - nak tunggu sambungannye ni ;)

pneumedic said...

hmm..xpatut..

Terbelog said...

eh..yelah, jom pg mkn nasi myk <- ` komen perenggan yg last skali tu je :0

kiwi said...

nampaknya semua ada pandangan masing2. kita tengok sambungannya nanti :)

Onitsuka_hana said...

haa betol2 penggunaan diskriminasi tuu xsesuai dengan ayat

amir aizat said...

terbaik!

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)