Monday, March 6, 2017

PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Hi readers.
Hari ni kiwi nak cakap pasal pembelajaran abad ke 21. Bagi guru-guru, benda ni memang dah di sebarkan ke semua sekolah, namun tak semua kelas sesuai untuk gunakan konsep pembelajaran abad ke 21 ni.

Antara kekangan yang dilalui oleh guru-guru pastilah dari segi masa. Nak buat aktiviti berasaskan murid sepenuhnya, set induksi saja boleh makan 30 minit. Aktiviti pulak kalau nak mencapai objektif pembelajaran, hanya boleh bagi 2-3 soalan mudah. Rugi lah! Pelajar boleh pergi jauh! jadi bagi pelajar kelas depan, diorang akan cepat rasa bosan sebab aktiviti kurang memberansangkan otak. Bagi pelajar kelas belakang, tentulah seronok. Tapi biasanya tiada sesi latihan. Makanya jadi kerja rumah la latihan tu. Dan bila soalan yang dibincangkan dalam kelas sikit, pengetahuan pelajar sikit, maka kerja rumah biasanya buat sikit jelah pasai tak tau.

Yang kedua dari segi penyediaan bahan. Cikgu sendiri tak dak masa woi! Asyik duk buat kerja-kerja pengkeranian. Fail. Penyediaan soalan. Meeting, meeting, meeting. Kursus. Tak terkejar.

Yang ketiga bahan. Kalau takdak LCD Projektor, kena booking bilik APD. Berebut2, boleh bawak gaduh. Kalau tak cikgu kena beli sendiri la. Hamboih! mentang cikgu KAYA, semua cikgu nak kena beli nohhh.. Kalau tak, guna kertas mahjung. Kiwi prefer guna kertas recycle. Kahkahkah. Lantak la orang nak kata apa. Kami bukan ajaq anak orang senang semua nak kena beli. Pakai apa yang ada sudah la.

Seterusnya kesediaan pelajar pulak. Nak pi gerak turun masuk bilik APD pun ambik masa 15 minit. Nak kena perambat dulu baru nak lekaih aihhh..

Tapi apapun alasan cikgu, ni kiwi nak habaq mai ni. WAJIB GUNA PDPC ABAD KE 21 waktu PEMANTAUAN NAZIR. Ada paham? Kalau tak, markah cukup2 makan je. Sekian, luahan rasa tak puas hati chekgu kiwi.


Yang menurut perintah,
Chekgu2

No comments:

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)