Tuesday, July 5, 2011

A busy week is waiting for me!

petang tadi kiwi baru sampai kl. Esok dah kena submit soalan ujian bulan julai. Minggu ni jugak ada kelas nak masuk chapter baru tapi kiwi belum sedia. Hurm, ingat student je ke kena sedia masa belajar? Cikgu pun kena sedia tau. Kalau tak, nanti mengajar pun tunggang langgang. Buat ujian untuk end of chapter je la untuk diorang. Senang keje. Hihih. Boleh jugak tau takat mana diorang faham tentang chapter tu dan boleh tau yang diprang boleh buat ke tak soalan2 kiwi.

Ujung minggu ade member nak kawen tapi kiwi tak sure lagi nak balik ke tak. Al-maklumlah, baru je balik kan. Balik bawak selsema dan sakit tekak pulak tu. Rasa nak amik mc je. Hahha, tapi tak leh la. Sian oh kat student yang nak belajar. Yang semangat nak belajar tu yang kiwi suka. Yang tak nak belajar tu, no komen lah. [haha]. Lagi pun tak elok kot. Sian gak kat cikgu2 yang kena relief. Tapi esok kelas2 kiwi baik2 apa? hihi

Minggu ni jugak tuisyen start. Plan nak buat 2 jam for this week, cover yang minggu tadi punya. Buku dah beli. Buku latihan khas untuk diorang. Harap diorang boleh jawab soalan2 tu, tak pun at least diorang usaha dan cuba jawab. Can't wait to see them! :)

6 comments:

sergeant keroro said...

bagus, optimis!! :)

Freaky said...

uik bz betol jadual kiwi tu.. =_=

Syuxer said...

rajinnya cikgu kiwi..keje cikgu memang penat kan..lagi parah kalau anak2 murid x tunjuk peningkatan..lagi malang bila ada yang terjebak dengan masalah disiplin..mintak dijauhkan dari itu..

apa2pun jaga kesihatan tau..:)..

cucu umie said...

se,oga dpt menjalani semuanyer degan baik yer..incya-Allah

akmaL said...

bagus cikgu! boleh jadi cikgu cemerlang Mesia nih ! XD

Terbelog said...

wah..agak bz di situ
moga semua berjalan lancar
good luck!

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)