Sunday, June 26, 2011

hati2 pengguna lebuhraya duke

Peringatan untuk anda dan diri saya sendiri. Kisah yang ingin kiwi kongsi ni betul2 berlaku di lebuhraya duke. Kejadian berlaku di waktu hampir tengah malam. Satu keluarga kawan kiwi baru balik dari jalan2 kat kawasan kl memandangkan diorang datang dari jauh, balik pun dah dekat tengah malam. Masa diorang lalu kat lebuhraya duke, kawasan tu agak lengang. Kalau ada pun cuma satu dua kereta. Tiba2 dari belakang diorang muncul sebuah kereta yang dipandu laju memotong dari sebelah kanan. Family kawan kiwi ni relaks je la sebab ingatkan yang potong tu tengah kejar masa. Tiba2 kereta tadi masuk lorong tengah [lorong yang sama dengan family tu] dan tiba2 brek mengejut! Family kawan kiwi pun terpaksa la brek mengejut juga.

fuhh.. lega. Nasib tak terlanggar kereta depan tu. Diorang pun teruskan perjalanan macam biasa. Tiba2 kereta tadi muncul lagi dan arahkan kereta family tu ke tepi. Aik? Apahal kan.. Bukan lu kena langgar pun. SO family ni buat tak peduli je la. Tapi kereta tadi ikut rapat dan arahkan diorang ke tepi gak. Family ni dah rasa tak sedap hati. Diorang tetap memandu hingga jumpa balai polis. Then diorang masuk balai polis dan terus buat report siap bagi nombor plat kereta tu sekali. Menurut pihak polis, tu mungkin salah satu taktik mereka2 yang ingin mencari wang dengan cara mudah. Konon2 excident, mintak ganti rugi. Kalau setakat mintak ganti rugi je tak pe gak. Kalau buatnya dia rompak? COlek? Curi kereta dll cemana? Nauzubilla.. So kepada semua yang memandu berseorangan di waktu malam dan keadaan sunyi, hati2 ok. Jangan berhenti kat tepi2 jalan dalam apa jua keadaan!

17 comments:

GaRy™ said...

gary pernah kena ugut 2 kali... nasib baik duit je yang hilang... trauma sangat2 la~..
nasib baik family kawan kiwi tu x stop kan?... bahaya2...

sergeant keroro said...

bahaya betul..

kena hati-hati, huhu T.T

Syuxer said...

perghhh gila punya orang zaman sekarang..macam2 taktik setan dibuat..

kena bawa golok panjanga dah sebagai langkah keselamatan..

anyway tq tips neh..:)

cucu umie said...

wah licik btol diorng tukan..aishh nie yg xnak jalan kt lebuh raya malam2 nie..

shira sharif said...

thnx bg reminder kak :) kita kne bgtau kakak kita gak ni,

aku_azreen said...

skg ni macam2 cara nak dapat duit..sanggup membunuh & merompak doe..
Latest entri:Ada Raksasa Disebalik Bukit

Terbelog said...

zaman skrg ni mcm2 kiwi

http://www.terbelog.com/2011/05/pesanan-dari-pdrm.html

akmaL said...

bahaye betul la..

Onitsuka_hana said...

bahaya tuu

NuSaNa NoSa 91 said...

krn duit, mcm2 taktik jnyh diorg buat.. adesss.. =.="

salwaismail said...

salwa buat GA. jemput tuan blog tengok hadiah. kalau nak jdi sponsor, bagitau okay?
:)

http://salwaismail.blogspot.com

zombie said...

bahaya betul. Lain kali langgar je betul betul biar deme eksiden.

fadh leyanie said...

wah..cara ni pon boleh cari duit.
bahaya2..

cik aisha said...

menakutkan je...kalau drive srg2 lg la cuak..

suha said...

lebih menakutkan dr hantu


(^_^)

RedVixen said...

adeehhh... daripada dok menipu orang baik g cari kerja... tahpape je....

Anak Wak Mail said...

err...seramnya..lebih seram kalau jumpa hantu nih!

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)