Monday, June 6, 2011

Eh siapa Mira Edora tu?

Hari tu aku pergi pasaraya. Fajar nama pasaraya tuh. Tapi hari ni pasaraya tu dah tutup. Dah tak wujud. Apesal, aku pun tak tau. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Masa kat pasaraya tu, aku jalan2 la tengok2 apa yang ada. Aku paling suka tengok baju. Tapi mak ai, harga dia mahal bebenor. Cekik darah! Tak jadi beli baju. Window shopping cukup. [heh, tak de pasal nak shopping tempat mahal]. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Lepas tengok baju, kasut dan beg, aku mula rasa bosan. Tiba2 aku teringat, tadi mak ada kirim barang. "Hurm, hampir2 lupa pulak. Ni baju mahal punya pasal la ni". Kata aku dalam hati. So aku turun bahagian keperluan harian. Bukan bahagian ikan sayur tu. Busuk! Aku paling tak suka gi situ. Kalau gi ngan mak aku, mesti aku tinggal mak aku sorang2 kat bahagian tu. Yang aku pulak gi lepak kat bahagian penjagaan diri. Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Barang yang mak aku pesan ialah pencuci muka jenama L'oreal, sabun mandi lifebouy, deodoran dan sabun basuh jenama kuat harimau [rasanya baru beli hari tu. Dah habis ke? Haiya, hari2 mau beli ka?]. Tengah cari2 barang yang mak aku pesan tu, tetiba datang la sorang amoi salesgirl duk mengikut buntut aku. Haih~ Aku paling tak suka orang ikut2 aku. Aku pun berpaling sambil tanya dia, "You mau cari apa?". Disebabkan terkejut aku tanya macam tu, dia pun terdiam. May be terpikir, ni dah kes sapa tanya sapa ni? Haha, lantak ko la.

Lepas tu dia tak puas hati kot. Ikut lagi aku. Aku dah hangin la ni! Tak paham2. Terus aku mengadap dia. Belum sempat aku bukak mulut, dia dah tanya dulu.

Salesgirl: You mau cari apa?
Aku: [Eh, curik ayat aku. Tak de ayat lain ke huh.] I cari pencuci muka, sabun mandi, deodoran dan sabun basuh.
Salesgirl: Selalu you pakai pencuci muka jenama apa?
Aku: [uh? ape kena mengena dengan aku, aku nak beli barang mak aku la. Ah layan jela]. I pakai pencuci muka mira Edora.
salesgirl: Kalau macam tu, you pakai sabun apa?
Aku: Sama, Mira Edora.
Salesgirl: Deodoran pula macam mana? Apa jenama pilihan you?
Aku: I pilih Mira Edora deodoran.
Salesgirl: Sabun basuh?
Aku: Of course Mira Edora.

Salesgirl: I tak pernah dengar pun jenama Mira Edora. Local or oversea?
Aku: Local la. You tak kenal dia?
Salesgirl: Oh, malaysian lah? Eh siapa Mira Edora tu? i tak pernah dengar pasal dia pun. Dia orang kenamaan ke?
Aku: la, you tak kenal dia? Biar betul. Dia selalu turun sini.
Salesgirl: Aiya, betul ka? Apa pasal tak tau. biasa kami sambut orang besar ada majlis juga. Apa pasal i tatau..
Aku: Eh, dia tak dela besar mana. I kenal dia.
Salesgirl: mana you tau?
Aku: I tau la. Pasal Mira Edora tu roomate i.

Lepas tu, salesgirl tu lamaaa dia pandang aku. Kendian, dia terus blah dari situ. Apesal, aku pun tak tau. Yang penting, barulah aman hidup aku. Cuma aku terpaksa ke sana sini la untuk cari barang2 mak aku tu. Eh, aku nak tanya korang. Pelik sangat ke kalau aku kata Aku & Mira Edora tu roomate sampai dia terus blah?



p/s: Tak de kena mengena dengan sesiapa. Cerita rekaan untuk contest Eh siapa Mira Edora tu? semata. kalau korang nak join, klik je banner :))

11 comments:

Khairiyah said...

Woah , bestlah crite tuh :D
Btw , Good Luck jgak :D

cik lyna kaman said...

yesss , saya pung tak suka orang dok ikot belakang bontot bila nak membeli :)

kiwi said...

@ Khairiyah: thanks :))

kiwi said...

@cik lyna kaman: betul2, rimassssss

Cik Mira said...

ahhahhaa tak memasal amoi tu kena tipu. amoi tu blur2 ah tuh. ekekekke. tringin gak nak tubuhkan jenama mira edora. wkakkaka *pasan*

thanks sbb join! gud luckkk hehehe

kiwi said...

Haha, ape salahnya mencuba. Jenamakn produk malaysia.

thanks for ur comment. agak2 kiwi ada can nak menang tak :P

Cho Nad said...

funny story :)

kiwi said...

really? thanks. harap boleh menang :)

merahitujambu said...

good luck..=)

merahitujambu said...

ehehehe..good luck ok

kiwi said...

@merahitujambu: thanks :)

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)