Saturday, May 28, 2011

Kiwi's Back!!!

Salam. Hi guys! heheehe... Kiwi dah balik! Online terusssssssss dari rumah. Cuti sekolah la katakan.. Heheheeeeee........ Lagi2 kat rumah ada internet bagus punya (kalau ayat penjual kain2 kat jalan TAR "kain bagus punya"...Hehehe :)) )Muahaha.. tersemangat pulak pasal berbulan tak dapat online n tak dapat nak update blog. Kenapa? Pasal.. Tak de internet lah! Huhu, nak pakai streamix tak berbaloi untuk sorang, broadband pulak macam siput pabila malam menjelma. So, tahan jela. Nak online pun, curi2 masa kat sekolah je. Tapi nak berfesbuk kat sekolah.. NO.. NO.. NO..Tak berani den! Huhu..

So, berbulan tak onlineni. Korang ape cerita? Kiwi? Hurm, kiwi macam ni jelah. sampai je rumah, tengok kad jemputan kawin kawan2 berderet2. Fuh, kenyang la macam ni. Nasi minyak.. Lama tak makan ni.. Hehe.. :D

Oh, btw kiwi nak bagitau, alhamdulillah kiwi dah lulus interview spp hari tu :))
So, sekarang ni tengah tunggu surat n then nak apply induksi pulak. fuh, tu pun kalau tengok senior dapat dalam jangka masa setahun (paling cepat).Ngee~ ngeri memikirkan nak stay setahun lagi kat situ. Huhu, setakat ni kelas malay ok la dengan kiwi. Tapi kelas dengan budak2 chinese.. Hish! dedil, kepala batu, mulut murai, kera dapat bunga, tak de telinga, tak de mulut semua ada, cukup lengkap. Fenin.. fenin memikirkan kerenah deme.

hah, ni cuti sekolah okey. C.U.T.I. Maknanya, takmo pikir pasal deme.Kita cuti puas2 pasal marking paper pun dah siap. Hehe bahagianya hidup =)..

Oh, nak bagi tau, kitorang baru je sambut hari guru semalam. Maklumlah, sebelum ni bebudak exam. Hadiah? Erm, ada la kiwi dapat sikit. Yang tak sangkanya budak yang bagi hadiah tu budak kelas yang kiwi baru je marah 2 hari berturut2 sebelum tu. Almaklumlah, time tu kiwi baru lepas mc sehari. Pening, selsema, batuk semua belum hilang diorang dah buat bising, buat perangai. Tambah le sakit kepala. n Now.. Hehe.. rasa bersalah plak kat diorang. Tapi kalu tak dimarah diorang tah sedar diri. So kena jugak lah kan. Lagipun diorang jela budak2 yang boleh makan saman. Kalau takat budak2 chinese, berbuih mulut kita cakap diorang tak dengar jugak. Tak tau la kalau tak paham bahasa :P. Sebab sekali cikgu bangsa diorang cakap, semua angguk kepala. HMpphhh...... [Malas gua nak layan lu olang!!] Chow la.. Haha :D

k la.. Lapor la.. tak makan nasi lagi ni. Lama tak makan masakan mama. Hehe, mau bertambah ni. K.. Nanti ada apape cite kiwi update lagi. c ya.. Daa~

4 comments:

ain said...

selamat hari guru... hehe. tetap wish walau da lmbt gile. sonoknye dpt adiah dari student. ngehehe

Syat0za Zai said...

kad jemputan kawen kawan berderet2? anda bila nk kawin?kekekekke~

kiwi said...

cik ain: tq, hehe

Syat0za Zai: wallahualam... hehe

kiwi said...

haha..welcome back..nme kite sme la..haha

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)