Wednesday, March 23, 2011

Tips interview SPP

Hi guys! Lama tak update blog. Hihi. Baru2 ni ada sorang pembaca drop komen: apa yang ditanya masa interview SPP? So, kat sini kiwi nak kongsi beberapa tips untuk mereka yang bakal menghadapi interview SPP.

Tips yang pertama kiwi nak kongsi: Pakaian. Pastikan pakaian anda bersesuaian. Pastikan juga korang bawak semua surat, sijil, gambar dan salinan2 seperti yang telah diminta. Lepastu, pastikan datang lebih awal. Jangan la dah dekat waktu interveiw baru nak datang ye. Dan, untuk masuk ke kawasan interview ni korang kena tinggalkan I/C untuk dapatkan PAS masuk. JANGAN! Pastikan korang tak tinggalkan kad pengenalan aka I/c sebab masa nak interview korang perlukan I/C tu. Jadi sebagai alternatif, korang boleh la tinggalkan LESEN. okey!

Untuk soalan2 yang biasa ditanya, korang boleh tengok SINI sebab kiwi malas nak menaip semula. Hihi.

Recall back hari interview:: Masa interview hari tu, kiwi kena kumpulan pertama yang terdiri daripada 4 orang. Kami masuk lebih kurang pukul 7.45 pagi gitu. Masa ni memang nervous. Dah la aircond kat bangunan SPP tu sikit punya 'slow'. Memang ketar kepala lutut. [Heheh]. Dah bunyi loceng baru kitorang dibenarkan masuk. Lepas ketuk pintu kitorang stay berdiri hinggalah kami disuruh duduk mengikut urutan yang telah pihak SPP sediakan. Oh, yang interview kiwi hari tu ialah bekas pegawai JPN. Kami gelar Tuan Haji. Baik orangnya. [Heheh, rezeki..].

Soalan yang pertama kami kena jawab ialah... Jeng3~Mestilah perkenalkan diri kan. Bagi nama, tempat mengajar, tarikh lapor diri and bla bla. Lepas tu kami ditanya: interview ni untuk jawatan apa? Hah.. Masa ni macam2 jawatan la keluar. Hihi. Padahal jawatan tu ada dalam surat panggilan interview yang pihak SPP keluarkan. So sape2 yang nak kena interview ni baca la surat tu dengan teliti okeh!

Next question, kami ditanya mengenai FPK, JERI dan kena kaitkan dalam P&P. Oh! untuk pengetahuan korang, FPK mempunyai unsur penggabungjalinan iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni. Ha, yang ni kena tahu tau!

Lagi kiwi kena tanya pasal tugas ketua panitia, Ujian Formatif dan SUmatif (bila nak guna), PIPP (tahun pelaksanaan dan RMK ke berapa), NKRA dan sub-NKRA serta keterangannya (jangan lupa hafal juga nama2 menteri berkaitan). Hampir 1 jam juga dalam bilik interview tu. Hehe, tak sedar yang masa berlalu begitu pantas.

Maaf lah sebab dah sebulan interview ni jadi kiwi pun tak dapat ingat semua soalan. Cuma kawan2 kiwi ada jugak kena tanya pasal 1 murid 1 sukan, sekolah berprestasi tinggi. Pengetua cemerlang, KBSR dan KSSR, dan lain2. Soalan2 yang ditanya juga berbeza mengikut bilik. Ingat lagi yang bilik lagi satu kena buat perbincangan mengenai masalah disiplin. Huhu~

Setakat ini sahaja yang kiwi dapat tulis. Harap tips2 ini dapat membantu anda yang bakal menghadapi interview SPP. Selamat berjaya diucapkan!

p/s: Saat ini masih menunggu keputusan interview SPP hari tu. Nervous! Harap2 berjaya la kan :))

3 comments:

neesa_jun said...

tq so much for this entry!..saya doakan cik kiwi lulus interview ni..amin~ =D

kiwi said...

amin. thanks! you too-gudluck!

neesa_jun said...

hi cik kiwi!saya nak jemput cik kiwi baca entry ni..dan saya ada letak link ke blog n ur entry..hope u dont mind..just let me know kalau cik kiwi nak saya remove..for privacy purpose maybe...hiks!..

http://neesajun.blogspot.com/2011/04/tips-interview-spp-2011-dari-cik-neesa.html

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)