Saturday, May 3, 2014

Tips menguruskan majlis/program: AJK Hadiah

Tips menguruskan majlis/program: AJK Hadiah. Jika anda terpilih sebagai AJK hadiah buat kali pertama, anda perlu tahu bahawa anda akan bekerja dari program/majlis belum mula sehingga hari tamat program/majlis. Tak perlu risau, anda hanya perlu memastikan perkara berikut:

1. Pastikan nama program yang memerlukan hadiah & bentuk hadian yang sesuai.

2. Dapatkan jumlah hadiah yang diperlukan.

3. Tempah hadiah berdasarkan maklumat yang telah anda dapati sebelum ini.

4. Sediakan nama penerima hadiah mengikut turutan 1, 2, 3 dan seterusnya mengikut susunan. Dapatkan nama penerima hadiah sebelum hari penyampaian hadiah & buat 4 salinan untuk diberikan kepada orang-orang berikut:
- 1 salinan anda sendiri
- 1 salinan kepada mc
- 1 salinan kepada AJK dokumentasi
-  1 salinan kepada AJK yang akan menyampaikan hadiah di atas pentas. ini penting untuk memastikan penerima hadiah menerima hadiah yang betul & untuk memastikan kelancaran majlis.

5. Sediakan label untuk setiap hadiah dan label sekurang2nya 2 hari sebelum hari penyampaian hadiah.

6. Sediakan label untuk penerima hadiah. Edarkan sehari sebelum majlis agar mereka tahu hadiah yang mereka perlu terima & dimana mereka perlu berada untuk menerima hadiah.

7. Pada hari penyampaian hadiah, bawa hadiah ke belakang pentas 30 minit sebelum acara bermula & susun hadiah mengikut kategori. Pastikan terdapat 2/3 dulang dan 4 orang pembantu untuk menolong memegang dulang diatas pentas & 2 lagi untuk menyusn hadiah di atas dulang.

8.  kumpulkan penerima hadiah di suatu tempat dan susun mengikut nama dari tempat ke 5, 4, 3, 2 dan 1. Pastikan penerima hadiah berbaris mengikut kategori.

9. Ingatkan mc untuk membaca senarai nama mengikut susunan yang anda inginkan. Beritahu jika ada penerima yang tidak hadir. (hadiah untuk merekan tidak perlu disimpan dahulu kerana mereka mungkin lewat sedikit).

10. Pastikan penerima hadiah menerima hadiah yang betul & penerima hadiah cukup. jika tidak hadir, hadiah perlu disimpan & diberikan kepada pemenang pada hari seterusnya.

Sekian sahaja untuk post kali ini. Harap dapat sedikit sebanyak membantu anda meringankan tugas.. Selamat beramal :))

1 comment:

Najiha Sabri said...

thanks for info ! lepasni boleh i guna kalau dpt jd ajk hadiah ^^

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)