Tuesday, April 29, 2014

Tips menguruskan program/majlis: AJK Jamuan

Jika anda telah dilantik menjadi AJK jamuan bagi satu2 program/majlis, jangan panik. Berikut merupakan langkah2 yang boleh anda ambil & uruskan sebagai AJK Jamuan.

1. Dapatkan berapa orang yang akan hadir untuk program/majlis tersebut. Jikan perlu, sediakan senarai nama orang yang akan hadir pada hari tersebut.

2. Pastikan sama ada jika terdapat orang yang alergik/vegetarian/puasa pada hari tersebut.

3. Kira bilangan makanan yang perlu dibungkus jika perlu (jika jamuan anda dihidangkan secara buffet).

4. Tanya AJK Jemputan khas berapa orang VIP/VVIP yang akan hadir. Langkah ini juga perlu untuk memastikan jamuan untuk jemputan khas dihidang di atas meja dan bukannya secara buffet.

5. Hubungi pihak katering yang akan mengambil tempahan & tempah menu mengikut tema yang bersesuaian dengan masa & program/majlis anda. Pastikan anda menempah makanan lebih banyak daripada jumlah yang sepatutnya untuk mengelakkan isu 'tak cukup makanan'.

6. Minta AJK persediaan tempat untuk memastikan tempat sempurna. Anda perlu pantau sama ada kedudukan meja & kerusi adalah sama seperti yang anda inginkan.

7. Semasa jamuan, pastikan meja VIP/VVIP penuh. Pastikan juga orang yang vegetarian tidak mengambil makanan di bahagian bukan vegetarian untuk mengelakkan masalah lain.

8. Sekiranya selepas jamuan makanan masih banyak, makanan yang tinggal boleh dibungkus atau pelawa pelajar yang turut membantu menjayakan program untuk menikmati makanan yang masih ada.

Itu sahaja daripada saya. Moga perkongsian kali ini bermanfaat. :)

p/s: Kali pertama jadi AJK Jamuan tahun lepas, makanan tak cukup sebab ada vegetarian ambil bahagian bukan vegetarian & ada yang ambil lauk sahaja tanpa nasi malah ada yang ambil lebih daripada jumlah yang sepatutnya! Ni kali kedua jadi AJK, belajar dari kesalahan yang lepas. Harap2 tahun ni tak ada masalah yang timbul..

No comments:

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)