Tuesday, December 31, 2013

Malang tak berbau, kentut kita tak tau!

Salam sejahtera semua.
Harap anda sihat2 dan happy selalu.
Post kali ni nak cerita pasal malang tak berbau.
Haa... Nak dengar tak?
Kalau tak nak dengar pun kiwi nak cerita jugak.
Hehe..

Kisah ni berlaku pada adik kiwi sendiri.

Hujung minggu tadi kiwi teman adik kiwi shopping kat Aeon Bandar Utama & One Utama.
Sampai kat sana jenuh jugak la cari parking.
Naik level3 penuh, naik level 4 pun penuh!
Tak naik level 5 sebab tengah panas sangat.

Nak tak nak kami turun balik ke level 3 dan lepas pusing 4-5 kali, kami ambik keputusan untuk tunggu je kat tepi kot2 ada kereta nak keluar.
Lepas cari parking hampir 25 minit, akhirnya kami berjaya memasukkan diri ke dalam shopping mall tersebut..
Alhamdulillah legaaaa rasanya..

Mula2 kami gi makan dulu.
Lepas makan cari surau tak jumpa.
Tak tau nak tanya sapa, kami pun cari directories..
Jumpa benda lalah tu dekat eskulator tingkat 2.
kami pun jalan ke sana..

Disebabkan ada 2 orang chinese lelaki tengah guna directories tu, kami pun berbaris kat belakang..
Diorang ni guna agak lama la.
Penat berdiri.
Kiwi duduk kat kerusi berhampiran dan adik kiwi baris belakang diorang.

Tetiba kan, ade bunyi.. "Pruuuttttttttttttttt"

Kiwi pandang adik, adik pandang kiwi.
Last2 kami dua2 ketawa.
Adik kiwi pulak melarikan diri ke arah bertentangan dengan kiwi.
Sebab?

Salah sorang dari 2 chinese tadi kentut!

Kah..kah..kah..   :D

Maunya tak ketawa?
Adik kiwi kena cium kentut percuma!
Si chinese tadi buat selamba je walaupun dah lepaskan bom atom sumbat.
Tak de rasa bersalah lansung!
Kot ye pun cover la sikit.
Tak pun gi jauh2 dari orang ke..
Boleh pulak dalam shopping mall yang agak bising tu dia kentut dengan selesanya.
Isk..isk..isk..
Nasib tak bau telor je.

Lepas kejadian tu, kami duduk jauh2 dari 2 orang chinese tu.
lepas diorang blah, lamaaa baru kami gi kat directories tu semula.


Tapi tu lah orang kata.

MALANG TAK BERBAU!

P/s: Paling tak tahan kentut yang silent killer. Tanpa amaran. Tau2 bau menusuk-nusuk!

No comments:

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)