Thursday, April 18, 2013

Sakit hati

Hari ni kiwi carik pasal dengan sorang indian teacher.. bukan carik pasal sebenarnya, just kiwi tegur dia minta kalau boleh keluar cepat sebab kiwi pun nak buat PBS, bukan dia je kena buat PBS. Masa tu jam kiwi dah dekat 5.50 petang & loceng pukul 5.40 petang. Dekat 5 minit jugak kiwi tercangak kat depan pintu tu, takkan tak nampak kot?

 Bila kiwi kata dia dah ambik dekat 15 minit masa kiwi, dia back up diri sendiri 'u baru tunggu 5 minit, sy nampak u datang lewat'. Arghhh!! Stress betul aku dengan orang tak faham bahasa ni. Sekarang ni kau dah ambik masa aku 5-10 tiap2 minggu. Dan tiap2 minggu jugak aku kena tercangak depan pintu tu 5-10 minit. Aku datang awal ke, aku datang lewat ke, aku baru habis kelas. Dah yang kau suka2 nak ambik masa orang tu kenapa? Kerajaan bayar aku gaji untuk kerja, bukan tunggu kau keluar kelas. 10 minit tu aku boleh tanda PBS 4-5 budak tau tak?

Tiba2 boleh dia tanya 'tak boleh cakap macam ini. cikgu sudah berapa tahun pengalaman mengajar? sy dah pengalaman dah berpuluh2 tahun bal bla bla'. Berasapnya telingaku! Apa kau ingat, pengalaman berpuluh tahun tu menunjukkan kau seorang yang bagus dari serba serbi? Ha ni yang kiwi nak marah ni. Boleh dia pandang rendah dengan orang yang baru beberapa tahun mengajar ni? Kiwi belum cukup 3 tahun mengajar, sekurang2nya kiwi ni jenis menepati masa! Tak delah nak ambik masa orang lain untuk buat PBS sendiri! Dah mengajar bertahun2, tu pun nak kena bagitau ke?

Lepas tu boleh pulak ugut 'sy bagitau pk petang' sambil jari telunjuk ke muka kiwi. Siap tanya 'apa nama u?'. Mana adab dia sebagai guru yang dah berpengalaman bertahun2 tu? dan nampak sangat dia ni jenis tak bersosial. Maklumlah, duduk kat bilik special. Duduk nak sorang2. Dah la kadang nak minta tolong cari aku, nama aku pun kau tak tau?

Tak boleh pakai punya orang. lepas ni, kita buat keje sendiri. Pandai2 kau la nak hidop. Agak2 tak tau malu, muka tebal 20 inci datang la cari ak.

5 comments:

mohamad rivai said...

Haaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiiiii kiwiiii

tampilan template yang baru yak???

lama tak kesini, kangen ini.
apa kabar? lama tak update blog???

kiwi said...

hai, lama tak tegur kan.

template blogger.com yg biasa je. template biasa tu berat..

alhamdulillah sihat. kadang ada juga ke blog kamu tapi bila nak tinggalkan komen selalu dia link ke lain. mungkin laptop kiwi penuh virus kot. hihih

zulicious said...

Perghhh beraninya...klau zu senyap je...huhu

zulicious said...

Perghhh beraninya...klau zu senyap je...huhu

kiwi said...

zu, aku bengang sangat time tu. sebab aku tau kerja dia macam mana tiba2 nak pertikai kerja aku. boleh blah la orang camtu

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)