Friday, March 22, 2013

surat perlantikan PBS untuk pementoran, pemantauan, penyelarasan dan latihan

Salam semua. Lama tak bukak blog. Busy bebenor sejak2 wujud PBS ni. Hari ni sekolah kiwi ada pemantauan dalaman yang dijalankan oleh guru2 kanan. Mesyuarat ni mula pukul 1.00 petang. Selepas pemantauan, kami setiausaha setiap tingkatan (3 orang s/u) diminta membuat kerja2 berikut:

1.  Taip surat untuk semua AJK PBS 
Yang ni kiwi kena buat. Sebelum ni kiwi dah taip surat untuk semua ketua penaksir merangkap jurulatih utama dan semua pentaksir iaitu guru mata pelajaran. Sekarang ni kiwi kena taip surat untuk AJK tertinggi iaitu GPK, guru kanan, ketua panitia & penolong panitia, guru cemerlang, guru kaunseling, guru PAJSK, dan guru disiplin. Banyaknya kerja aku woi!! Fuh!! Mane nak cari ni! Letih dah tangan search kt google tapi hasilnya.. TARAK!! 

2.  Bidang tugas setiap AJK.
Benda alah ni pun nak kena taip. Dah le takde softcopy. Semua kena taip daripada Buku Panduan PBS yang hanya dibekalkan kepada Pengetua, GPK 1, PK Petang & Penyelaras Dalaman PBS. Tapi, naseb la bukan kiwi yang kena buat! Hehe.. (Senyum senang hati)

3.  Senarai semak untuk setiap bahan dalam fail induk PBS
Wheww! Ada dua form kot sekarang ni. Jenuh la nak semak subjek apa yang belum cukup bahan. Again, lucky of me.. Bukan kiwi yang buat. Hihihi...(I loike..)

4.  Jadual kerja/ jadual pelaksanaan setiap mata pelajaran
Yang ni kena minta daripada jurulatih utama. Ingatkan tahun lepas punya boleh pakai lagi. Last2 penyelaras dalaman PBS kata hantar HARI INI JUGA! Hamek kaw!! Kiwi sebagai setiausaha yang kena marah dengan jurulatih2 utama. Huuu~Sedey~~~

5. Borang maklumbalas mesyuarat.
Kiwi diminta membuat rumusan tentang minit mesyuarat lepas. Kiwi kata: rumusan ape pulakk!! Hadeilaaa... Bertambah kerja rumah untuk cuti sekolah.

Sebebnarnya ada banyak lagi.Kiwi je yang tak larat membebel sorang2 kat sini. Mesyuarat ni habis pukul 3.45 petang. Lepas mesyuarat, kiwi keluar dengan kepala terasa blur2. Apa pun tak ingat. Dan gara2 PBS ni, kiwi lupa benda penting yang telah dipesan oleh pengerusi kelab guru dan staf SMKJ.

Alamatnya, esok kena gi sekolah la kiwi.... Phew~~~~~~~~~

p/s: Surat perlantikan PBS boleh didapati di link berikut:

SURAT PERLANTIKAN PBS

1 comment:

Cikgu Arivai said...

salam, Borang Transit PBS yg fleksibel utk semua subjek di http://eformrpm-pbs.blogspot.com

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)