Tuesday, December 18, 2012

Idea.. Idea.. Genting Highland :))

Salam semua. Lamanya tak update blog kan. Hehe maaf ler, kiwi selalu tak ada idea masa bukak blog. Tapi kalau tengah berangan tu, mencurah2 idea datang. Kesimpulannya, kalau nak tulis kat blog kena cepat2 buat atau idea tu akan hilang macam tu je~

Baru2 ni kiwi pergi Genting Highland dengan family & family cousin. Naik cable car je okeh.. TIket cable car pergi-balik RM72 yg mana family kiwi ada 6 orang. So sorang RM12 lah (maths ni..). Dah sampai atas, nak main Indoor Games & Outdoor Games kena amik tiket, dewasa RM60 kalau tak silap, kanak2 tak ingat la pulak. Tapi, haa ade tapi tau. Bila nak main satu game kena tunggu sejam. Kiwi ulang semula, SEJAM! lama tak lama tu!


Masa mula2 sampai kiwi try MONOREL. Masa tengah beratur, anak cousin kiwi kata "Mama, kita nak naik tu ke, macam bosan je". Hah, budak kecik pun pandai fikir. Sebab: Mak oiiiiiii, lembab macam ulat tu hah! sesuai la dengan bentuk monorel yang rupa ulat. Kalau korang gi sana jangan naik monorel okeh, membuang masa je!


Then kiwi try space shot. Sekali naik 12 orang sahaja. Naik tu adala dalam 2 minit je. Tapi, nak luluh jantung. Trrrr, kalau suruh kiwi cuba taubat la tak mau. Masa nak try tu memang excited, tapi masa benda tu turun, terasa macam hilang semangat kejap. Tak dapat cari nadi, tak dengar degupan jantung. Huhu. But, believe it or not: Kiwi bukan jenis yang menjerit. So masa main tu memang tak keluar suara lansung la. Hehehe.

Lepas tu kiwi try flying dragon dengan family. Seram gak yang ni lebih kurang roller coaster tapi tak de la extreme sangat. Ingat nak try roller coaster tapi tak jadi. hehe. Last kiwi gi tengok wayang sebelum balik. So total game yang kiwi try cuma 6... tak cukup masa lah nak try semua.

Kat dalam ni ada pool jugak tapi untuk kanak2 je. Snow walk pun ada tapi kiwi tak try la sebab kena bayar RM25. hehe .Jadi kiwi nak tamatkan post ni setakat ini sahaja. Untuk mereka2 yang nak gi Genting, ni antara perkara yang anda perlu tahu:

- Sila pakai kasut bertutup dan berstokin.
- Bawalah sweater jika ada. Kalau takde bawak je cardigan. Kat sana sejuk!
- Pakai sarung tangan jika ada.
- Bawak sebotol air masak kecil dari rumah. Kat sana harganya RM3-RM4.50 untuk air mineral botol kecil. Harga makanan kat sana pulak 2-3 kali ganda harga biasa termasuklah KFC, McD.
- Kalau nak pergi bawakla sorang 2-3 ratus (tanpa bermalam)
- Bawak pakaian spare, incase korang main game air boleh basah.kalau tak nak main air tak perlu la bawak.
- Pergi dengan kawan2 or geng2 korang baru best
- Masa beli tiket terus beli tiket express supaya korang tak perlu nak tunggu untuk main apa2 game. Nama pun tiket express. Tak yah beratur, datang je terus dapat turn untuk main.
- Untuk yang muslim, jangan lupa solat! Surau bukannye takde.


Selamat bercuti! :))

3 comments:

Mohamad Rivai said...

HEI!!!!!!!!!!!!!!!!

is you?
long time no see... T.T

still remember me? letheg?

how are you?

kiwi said...

well hello, of course i remember. i'm fine. thank you for asking. just a little bit busy these days. with lots of homework from school, of course. how are you doing?

Mohamad Rivai said...

hahaha, pakai bahasa biasanya saja.
saya masih blogging sja.
ini semester akhir saya kuliah.

semoga bisa lulus.
jangan lupa kunjungi blog q yak?
:D

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)