Sunday, February 5, 2012

kebanjiran warga asing: malaysia semakin hilang..


Salam maulidurrasul buat semua umat islam. lama rasanya tak update blog ni. bukan tak mau, cuma bermasalah dengan google chrome yang dah always cracked mase kiwi nak buka blog. sebagai alternatif, kiwi gunakan mozilla walaupun terpaksa memakan masa. post kali ni berkaitan dengan kebanjiran warga asing ke negara kita.

setiap kali keluar ke shoping mall dan pasar malam, yang dapat kiwi lihat ialah kebanyakannya adalah warga asing. Ini termasuklah daripada pengalaman kiwi sendiri yang menggunakan perkhidmatan KTM dan bas lompat (bas henti-henti sebenarnya) untuk pulang ke kampung baru2 ini. lama dah tak guna perkhidmatan awam. bila naik dan dapati lebih ramai warga asing daripada warganegara sendiri, timbul persoalan ke mana perginya warganegara? adakah perkhidmatan awam di buat untuk kemudahan warga asing ini?

malah, ketika menaiki koc merah jambu (koc untuk wanita dan kanak-kanak), terdapat lebih kurang 10 orang warga asing LELAKI yang terdapat di dalam koc yang sama. tak faham bahasa agaknya mereka ni. dah terang2 koc untuk wanita dan kanak2, masuh juga nak masuk koc tu. lansung tak boleh berpisah dengan teman wanita masing2. sakit mata melihat aksi2 mereka. sudah la bercakap dengan bahasa yang kita tak faham, bercakap seolah2 mereka sangat hebat dengan nada suara yang tinggi dan tiada rasa hormat pada orang lain. itulah kesimpulan yang dapat kiwi buat melalui pemerhatian kiwi sepanjang menaiki KTM tempoh hari. warga kita pula, lansung tiada inisiatif untuk menghalau mereka ni. kiwi maksudkan yang lelaki lah. polis pun tak ada untuk memantau. kiwi nak je tegur, tapi melihat aksi samseng mereka tu, hurm terasa cuak pulak memikirkan akibatnya. huhuhu

oh ya. korang rajin tengok buletin utama? nak tanya sikit, berita ke, dokumentari ke, apeke tu? dah tak serupa berita je kiwi tengok. cuma yang kiwi perasan, setiap kali kes jenayah yang dilakukan oleh warga asing dilaporkan, selalunya akan disebut satu kawasan di kl. tak selamat rasanya. kalau anda berkunjung ke kawasan tersebut juga anda akan dapati di sana memang ramai warga asing dan ada antara mereka yang masuk secara haram. oh pihak berkuasa, tolong la rajin2 buat operasi banteras kebanjiran diorang ni!

ya, malaysia semakin hilang. warga asing semakin ramai dan sentiasa bertambah. warganegara pula semakin ditenggelami mereka. malaysia dijadikan negara untuk mengaut keuntungan. kes dadah, jenayah semakin berleluasa. haruskah kita melihat sahaja? tepuk dada tanya hati..


p/s: mungkin bukan semua warga asing datang ke malaysia untuk membuat onar, tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

No comments:

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)