Friday, June 17, 2011

Rotan baru tau!


Fuhhhh! Semalam (khamis) dan hari ni jadual kiwi penuh. Mana nak buat soalan ujian (padahal baru je exam pertengahan tahun), mana nak tanda buku, mana nak meronggeng. Erk! hehe. Tadela. Kiwi gurau je. Tapi minggu ni kiwi agak geram dengan beberapa student yang tamo dengar cakap. Grrrrr.. Rotan baru tau!

Dan hari ni kiwi buat sejarah baru bilamana untuk pertama kalinya kiwi hantar budak ke bilik disiplin. Sebenarnya tak suka oh nak hantar2 diorang ke sana. Sian satu, leceh pun satu. Karang diorang kena kaunseling, kena marah la, kena demerit la, kena rotan pulak tu. Sian2... Tapi kalau dah perangai hantu pun kalah, kena jugak la. Tu pun ada raaamai yang tak insaf.

Dan disebabkan semalam kiwi sangat panas ditambah dengan panas pulak tu, tiba2 nak solat asar kiwi rasa macam ada sesuatu meleleh dari hidung. Nasib kiwi lap pakai tangan. Buatnya lap pakai telekung, kena bawak balik basuh. Dari semalam, sekejap2 hidung kiwi berdarah. Hari ni bangun tidur pun sama. Tak best oh! Sabor je la. Kiwi banyakkan minum air dan makan benda2 sejuk. Punca sebenar kejadian berlaku masih dalam siasatan :P


p/s: tatau nak pos apa dalam entri hari ni. Just nak bagitau, esok ada sukan sekolah tapi kitorang buat kat stadium. Kiwi kena jaga budak. Aiyaaa, malas oh! Budak bukan dengar cegu cakap unless cegu ada rotan!

7 comments:

Unknown said...

erk.kena rotan baru dgr kata.

p/ jangan duk tengah panas.nanti cepat keluar darah kt hidung

Firdaus Life said...

hidung berdarah ? banyakkan mandi.. cuaca panas sangat skang

Mohamad Rivai said...

aku hari ini juga exams.
tak bisa ngerjain...

visit my blog

Terbelog said...

erm..minum air kosong byk2

kiwi said...

@ Rozuan Ismail: kiwi tak gi tempat panas pun, dalam kelas je -_-'

kiwi said...

@ Freaky: mandi cane kalu dah kat sekolah. huhu

K said...

rotan kiwi kang!!

hehe :P

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)