Sunday, June 5, 2011

Operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura bakal dihentikan


Kepada KTMB, untuk pengetahuan anda, mulai 30 Jun 2011 ini tiada lagi perhentian Tanjong Pagar. Ini kerana Operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura bakal dihentikan.


Dengan itu, tak ada lagi Tanjong Pagar dalam senarai perhentian bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad [KTMB]. Nasib Stesen Tanjong Pagar akan ditentukan oleh kerajaan Singapura yang mana mengikut perjanjian POA 1990, Singapura akan mengekalkannya sebagai warisan.


Ini bermakna, pengunjung daripada Malaysia terpaksa memilih Woodlands bermula 1 Julai 2011 sebagai destinasi terakhir mereka buat sementara waktu sehingga KTMB menamatkan perkhimatan di WTCP pada suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Bila KTMB dah tetap tarikh, maksudnya tak ada lagi perkhidmatan KTMB yang berhenti di Singapore sebab perhentian terakhir ketika itu ialah Stesen Johor Baharu Sentral.

Jadi, kepada sesiapa yang nak merasa perjalanan ke Singapore menaiki keretapi, pergilah cepat2 rancang perjalanan anda sebelum 30 Jun 2011 sebab lepas ni tak ada lagi keretapi singgah Tanjong Pagar. Kalau korang berhenti kat Woodlands, tambang mahal sikit tau. Ini mengikut kata pengguna tetap KTMB la, bukan kiwi yang kata :P

Tiba2 rasa sedih pulak bila Stesen yang dah 79 tahun beroperasi ni nak dihentikan operasinya. Kalau kiwi sedih, apatah lagi orang2 yang telah bekerja dengan KTMB kat sana selama berbelas-belas tahun. Kiwi pun tak sempat la nampaknya nak merasa makan angin kat Singapura dengan menaiki keretapi. Huhu

p/s: Keretapi terakhir akan meninggalkan Stesen Tanjong Pagar tepat jam 11 malam dengan membawa kesemua 90 rakyat Malaysia yang bertugas di stesen itu dan juga di depot meninggalkan Singapura untuk selama-lamanya-Mingguan Malaysia

2 comments:

Rozuan Ismail said...

tetibe wan rasa sedih plak.wan penggunan ktmb.tapi macam akan terputus jalinan antara 2 negara.

kiwi said...

betul tu wan. Lepas ni nak jumpa rakyat singapore pun paling dekat kat johor je. sedihnya..

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)