Oh, sebelum korang teruskan bacaan, kiwi nak bagitau korang yang ini bukan kisah Gambit yang bikin video klip panas tu. Juga tak de kena mengena dengan Shah Jaszle atau Prema. Ini hanyalah petikan cerita Gambit yang bangang oleh pemilik blog Nikotin untuk zombie. Oleh sebab kiwi rasa cerita ni sangat menarik, kiwi share la dengan korang. Sharing is caring rite..
--------------------------------------------------------------------------------------
Gambit dan Gambut adalah dua adik beradik yang ceria dan comel. Gambit walaupun abang, tapi Gambit tak matang dan bangang. Manakala Gambut pula suka berimaginasi dan bermain dengan abangnya.
Pada suatu hari yang dingin, Gambit dan Gambut ditinggalkan keseorangan di rumah. Bergembiralah Gambit dan Gambut bermain dan menyelerakkan segala isi rumah. Tiba tiba, Gambut mendapat idea untuk bermain permainan superhero. Gambut memberitahu Gambit yang dia mahu menjadi Superman! Gambit sangat teruja dengan cadangan itu lalu terus setuju tanpa selang sesaat pun.
Jadi Gambit ikat adiknya Gambut tangan dan mulut. Gambit buat alasan itu adalah untuk mengawal kuasa sakti adiwira Gambut yang bakal terkeluar nanti. Gambit buka baju Gambut. Gambit ambil pisau di dapur dan toreh belakang bahu adiknya, kiri sampai kanan. Meraunglah Gambut kesakitan. Gambit tidak peduli lalu mengambil kain pelekat ayahnya yang berwarna merah cerah dan mula menjahit kain tersebut di belakang badan adiknya. Lalu seluar adiknya pula dilondehkan...
------------------------------------------------------------------------------------
Nak tahu kisah seterusnya, jom kita terjah Nikotin Untuk Zombie. Zasss...

p/s: Nikotin untuk zombie adalah sebuah blog yang sangat menarik. First time kiwi terjah terus follow. Lepas tu jadi silent reader. Kadang2 ke drop komen. kalau tengah tensen2 baca blog tu, kompem hilang tensen malah lepas tu kiwi akan tersengih sorang2 macam orang ta betul. Hihi.. Tak caya? Gi baca entri2 beliau, baru korang boleh cakap..
4 comments:
hehe. terima kasih cik kiwi kongsi. Kalau lah gua berharta dah lama dah bagi hadiah ni.
Terima kasih baca Nikotin Untuk Zombie! :)
@Zombie: En. zombie.. hehe tape2 kiwi share bukan nak hadiah. Saje nak share sambil2 promote blog En. zombie. Aha.. dah macam kipas pulak :p
nice reblog...tahniah buat ke2 2 blogger nnt da citer lagi post lagi ea...keh3...
perghhhhhhhh~ ayat simple, tapi best.. ^_^
Post a Comment