Tuesday, June 7, 2011

Aaron Aziz nak bersara??

Ahad tadi kiwi selak2 surat khabar pancaindera. Tengah selak2 ternampak gambar Aaron Aziz.


Alahai.. Teringat kat Seth.. Hihi.. Erk! Bukan ni gambar yang aku tengok, ni gambar google je. Tapi bila baca tajuk artikel, kiwi terkejut. Aaron Aziz nak bersara?? Biar betul?? Dah elok2 femes sana sini, rezeki tengah murah, nama tengah naik tiba2 je nak bersara. Apa kes??

Ish! Tak puas hati, kiwi gosok mata. Lhaaa.. Rupanya, kiwi baca tak betul. Tu la orang kata, baca betul2. Rupa2nya, Aaron Aziz bersedia untuk bersara. Ehhh!! Lebih kurang je tajuk tu. Hailaa Aaron Aziz, apesal lak nak bersara ni..

Kiwi pun dengan semangat wartawan ala2 melodi tak jadi terus menerjah Aaron Aziz. "Helooooo.. BIla pulak aku cakap aku nak bersara?" kata Aaron Aziz ketika membalas entri yang dibuat oleh blogger bernama kiwi. "Ye, aku memang nak bersara, tapi tunggu la beberapa tahun lagi. Takkan bersara sekarang? Rugi woo, rezeki tengah mencurah2 ni. Masa aku dah takde orang tawarkan berlakon, dah tak laku, masa tu baru la aku undur diri. Lagi pun aku tengok banyak pelakon2 baru yang ada potensi. Jadi tak mustahil satu hari nanti aku dah tak diperlukan. Masa tu aku nak buat apa pun tak boleh. Dah orang tak nak tengok muka aku, baik aku bersara. Lagipun dalam 10 tahun aku bergelumang dalam dunia lakonan ni, bukan sekejap tu. 6 tahun kemudian korang baru kenal aku. Ingat tak penat ke berlakon? Tak nak aku jadi pelakon selama-lamanya. Dah tua2 nanti, nak jugak aku buat amal untuk kebajikan akhirat aku" sambung Aaron Aziz lagi.

Haa, itulah hakikatnye.. Ada pelakon, artis yang bersara bila dah tiba masanya. Masa tu boleh la tumpu pada diri sendiri untuk meningkatkan amalan didunia ni. Kebelakangan ni dah banyak artis telah mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. Macam Irma Hasmie yang dah pakai mula tudung.


Alhamdulillah.. Comelkan :) Harap2 diorang ni kekal la macam tu kan. Tak macam Datuk Siti Nurhaliza yang mula tayang jambul dan leher tu. Agaknya kena pergi umrah lagi lah tu baru reti nak pakai tudung litup :P Jangan marah Datuk Siti, kiwi guwau je..


p/s: Kata2 Aaron Aziz diambil daripada petikan Pancaindera (sumber asal) yang telah diubah suai. Kiwi nak terjah dia, jangan harapla dia nk layan. Heheh. Oh, ya. Rajin2 la baca paper ya!

24 comments:

Freaky said...

haiyaa.. rupanya reka je kata2 aaron aziz tu :P

Kelainan Dalam Entri

Mr.Kerro said...

irma tu mmg cumil habis huhuhuh.. xtgk pun citer nora elina tu huhuh

Wyna Nubies said...

As Salam,

ceh,takkan la si Harun Aziz tu nak bersara awal..byk tawaran lg kn..hhaa~

heyy,,x baik kutuk Tok Ti..tp,mmg la..pergi la byk mna pun umrah..tetap x jln...huhu~kna bg bala skit agaknya..bru sedar..haha~

nursyamime said...

comel irma pakai tudung:))

kiwi said...

@Freaky: kiwi petik sikit2 je kata2 dia :p

kiwi said...

@ Mr.Kerro: tau tak pe, rugil nabil :P

eh nape xtengok? best ape..hihi

kiwi said...

@Wyna Nubies: Haha.. No komen.. [jawapan budget macam artis]

kiwi said...

@nursyamime: kan.. kan.. :))

NICK IRFAN said...

xkn dia nak bersara dia kan tgh femes

kiwi said...

@NICK IRFAN: kita tak tau jugak. Ada je artis tengah femes terus bersara

AmirahFisra said...

irma tu mmg comel bila brtudung :)

Edina Kasyah said...

waaa..dgn excited dina dtg terjah..ohh oke..kiwi terjahhh aaron aziz..hahaha.style habes!

Sern said...

owh siti ku! ahhaha..siti tetap akan berubah..bile nak berubah?tu biarlah masa yang menentukan..ehehhe...

cthajar_pinkgurl said...

irma! bagoos2

kiwi said...

@ AmirahFisra: Ahah..tak rugi la irma bertudung macam ni, byk dapat pujian. tapi irma memang cantik :)

kiwi said...

@ Edina Kasyah: Haha.. teringin sangat nak jadi wartawan, buat melodi edisi sendiri la jawabnya

kiwi said...

@ Sern: Peminat Siti la ni ye

kiwi said...

@ cthajar_pinkgurl:kenapa dengan irma?

Aida Omar said...

la ingt td betul2 la si aaron aziz nk bersara rupanya rekaan je..huhu
suke tgk irma hasmie cumey sgt..tp kalau dato siti?? xtau nk kate pe.. :P

perondajaketbiru74 said...

hehe anak aaron aziz pun lawa

kiwi said...

@Aida Omar: Aaron Aziz memang ada kata nak bersara kat wartawan pancaindera. tapi bukan sekarang la :)

kiwi said...

@perondajaketbiru74: tengok la siapa pulak mak ayahnya :))

RedVixen said...

suka sangat dengan tudung siti... kah3!

kiwi said...

@ RedVixen: ahaha

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)