Thursday, February 17, 2011

Ini satu kisah

Salam. hi guys. Dah tengah malam ni. Masih ada yang belum tidur. Masing2 sibuk dengan urusan. Tapi pada yang muslim solat jangan tinggal okeh :)

Cerita hari ni:

Kami sebagai guru permulaan dikenakan orientasi selama 3 bulan. Rasanya ramai yang tak tau pasal ni. Budak2 yang baru posting lagi la. 1 tahun orientasi. Yup, 1 tahun tuu~

Tak kesah la lama mana orientasi tu kan. Yang penting laporan dia nanti. sekarang ni kami masing2 tengah sibuk siapkan laporan orientasi yang sepatutnya dihantar 22 feb ni. Kami yang dimaksudkan adalah 11 orang guru baru. Oh, kami ada 12 orang semuanya. Apa 1 orang tu buat?

Jawapannya kiwi sendiri tak tau. Sebab kiwi jarang jumpa dia. Tapi bila ditanya oleh yang lain, dia jawab yang dia tak sentuh apa2 lagi. WTH! [Ops ! Terlepas cakap :P] Cemana dia boleh relaks gila. Laporan tu bukan sikit! laporan harian untuk 3 bulan termasuk maklumat2 berkaitan sekolah. Lebih kurang macam laporan ROS. Ni cikgu-cikgi tau la ape benda. So banyak kan tu.

Nak dijadikan cerita ada sorang ni dia minta copy daripada kawan kiwi. Kawan kiwi ni dah siap tau. Dia mintak depan budak yang ta buat apa2 tu lagi. Budak tu pun tiba2 tersedar la kot yang dia sorang je tak buat lagi. Dengan muka tak bersalah, dia mintak jugak copy sebab nak tengok la katanya. Tapi kalau dah tinggal 5 hari je untuk siapkan laporan tu, korang percaya ke yang dia akan tengok je?

Hurm, sian gila ngan member yang dok pk nak buat laporan tu last2 semua orang pass-pass je laporan dia untuk dijadikan 'contoh'. Urgh! Kiwi dah tamau tiru2 orang punya hasil kerja. Series sian ni.

SORRY kepada tuan punya artikel!

Kalau korang tengok artikel2 lama kiwi dalam tahun 2008 & 2009, korang akan nampak artikel2 tu kebanyakannya BUKAN hasil kerja kiwi. BUKAN. Honestly, kiwi copy & paste daripada tempat lain. Sebab dulu blog sebagai satu tempat kiwi luah perasaan je. Sambil2 tu kiwi cari sesuatu yang kiwi minat nak baca banyak kali. Kalau save dalam laptop kadang2 terdelete. So up kat internet cam tak hilang. SO di sini kiwi mau mintak maaf pada mereka. Kalau mau letak backlink sekarang rasanya dah terlambat. Kiwi sendiri tak ingat semua sumber artikel2 tersebut.

Insyaallah nanti ada masa kiwi akan edit artikel2 tu & pastikan kiwi letak 'Bukan artikel asal' atau 'artikel asal:sumber lain'. Boleh tak? if possible, kiwi tak nak delete sebab sampai sekarang pun kiwi akan baca lgi artikel2 tertentu. So kalau korang tak setuju, sila bagi cadangan yang lain eh! tq

1 comment:

Firdaus Kasim said...

hehe! biasa la tue kiwi.. skang an org suka copy n paste je..

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)