Saturday, January 1, 2011

Kenangan Hari Pertama Darjah 1 !

Oh, kena tag oleh pearl jade untuk segmennya yang bertajuk: Kenangan Hari Pertama Darjah 1.

hurm.. Kenangan Hari pertama darjah 1 ya.. Aduh!!

Agak2 apa jadi? Hehe..

Maaf ye. Kiwi tak ada sebarang ingatan berkaitan hari pertama darjah 1. Kiwi cakap betul2 ni. Entah sejak bila jadi pelupa. Malah sejak habis sekolah menengah asyik simpan data dalam memori jangka pendek. Tak patut betul.

Tapi jangan risau. Kiwi akan gantikan dengan beberapa kes yang kiwi ingat masa darjah 1. Heheh..

-------------------------------------------------------------

1. Kiwi dimasukkan kelas Kuning. Dalam 1 darjah cuma ada 2 kelas. Merah dan kuning. Merah kelas pertama, kuning kelas kedua. Kelas dipilih secara random. Rumah sukan pun bagi rumah kuning jugak..

2. Ketua kelas adalah anak cikgu sekolah tu. Dulu darjah 1 mana pakai tudung. GI sekolah pakai anting2 yang mak bubuh dari tecik. Pastu peraturan time tu sebenarnya mana boleh pakai anting2 pun gi sekolah. Ketua kelas ni 'jahat'. Bila dia tengok kiwi punya anting2 tu tercabut, dia mintak kiwi bukak sebelah lagi. Lepas tu kata nak tengok. Kiwi yang baik hati lagi tulus ikhlas ni bagi jela. Last2 dia ambik bawak balik bagi mak dia. Hampeh! Esoknya kiwi tengok mak dia pakai kat rantai. Lepas kelas kiwi kena panggil dengan mak dia a.k.a cikgu sebab cikgu nak bagi balik. Dengan syarat tak boleh pakai dah lepas ni. Kiwi jawab, Baik cikgu!

3. Kiwi diletakkan dibarisan paaaaling belakang, sebelah budak lelaki berbadan besar (bagi budak2 darjah 1 masa tu). Kiwi tak suka. Dah la kecik. Suruh duduk belakang pulak tu. Tak nampak papan hitam tau! Lagipun kiwi nak sebelah kawan baik kiwi. Tapi kawan baik kiwi pun kena duduk sebelah budak lelaki. Cikgu jeles dengan kitorang la tu. Saje je tak bagi kitorang duduk same2 sebab cikgu kena duduk sorang2 kat depan kan.

4. Kena inject masa darjah 1. Tak ingat lelaki dulu atau perempuan dulu. Lepas kena inject cikgu suruh masuk kelas. Time ni la kiwi buat kerja gila. Kiwi tepuk bahu budak sebelah kiwi kat tempat yang baru diinject. Dia kata tak sakit. Oooo.. Nak tunjuk hero la konon. Kiwi tepuk kuat lagi. Tak sakit jugak. Kiwi tepuk kali ketiga, dia nangis. Aik? Tadi kata tak sakit? Tapi last2 kiwi pun nangis. Tumpang sedih. Hihi tak la. Sebenarnya sebab budak tu gi 'kapak' tangan kiwi yang kurus guna tangan dia yang besar. Uwaaa.... ingat tak sakit ke??!! [To that person: Aku ingat sampai sekarang oi,tak leh lupa!]

--------------------------------------------------------------

ha.. Cemana? Cukup tak? Hihi.. Maaf la.. Ni je yang kiwi ingat.. kalau korang ada pengalaman yang best masa Hari pertama darjah 1 silakan share dengan semua. Kiwi nak tag cik ain dan faty. Hehe

No comments:

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)