Sunday, January 9, 2011

Cegu kiwi punya story

Hi guys, kiwi's back! Hehe.. Lama pulak kiwi tak update blog kan. Maklumlah, En. Lappy sakit tenat selama seminggu, siap masuk wad 3 hari. Keluar je wad kiwi terus ajak exercise. Ngehehe..

Macam2 jadi dalam tempoh seminggu. Urghh, rasa lama sangat nak habis seminggu especially jumaat tapi tau2 je dah nak isnin. Tak puas bercuti! Huhu, nak tau ape jadi kat kiwi, sila teruskan bacaan anda.

------------------------------------------------------------

Isnin - 3.1.2011
Hari pertama sekolah dibuka. Hari ni jugak kiwi pestime jumpa student dan cegu2 sekolah petang. hari ni juga kena cari meja kat bilik guru. Alhamdulillah masing2 ada meja sendiri. Lepas tu kena masuk kelas. Sebab tak ada taklimat untuk guru baru, kiwi dan member2 seangkatan terpaksa pandai2 sendiri je uruskan kelas, yuran dan jawatankuasa kelas. Oh2, ada je taklimat, tapi taklimat tu terlalu ringkas. Guru lama mungkin dah tau apa nak buat tapi bukan kami guru2 baru. kiwi tunggu student dalam kelas. Lamaaa sangat baru diorang sampai. Bila kiwi tanya kenapa lambat, diorang kata 'cegu tak jemput kami'. Erk! Kiwi tak tau pun! hehe.. Kami diberi 3 waktu untuk uruskan kelas. Hey, sekejapnya! Bukan senang nak uruskan budak2 chinese. Oho~ sebelum kiwi terlupa, kiwi merupakan guru tingkatan. Semua budak2 kelas kiwi chinese. Tak ada malay. Nasibla hari 1st ni tak ada yang nak bayar yuran. Sempatla kiwi uruskan yang lain2. Lepas rehat kena masuk kelas macam biasa. 2 masa terakhir adalah waktu matematik, A10. 2 masa pulak tu. Kiwi nak suruh buat kerja sendiri tapi tak nak diorang bising. So, kiwi ajar je apa yang kiwi ingat. hehehe.

Selasa - 4.1.2011
Masa pertama dan kedua kena masuk kelas lagi. Kutip yuran. lepas tu masuk kelas semalam. Kelas tu okey sangat pada kiwi. Nak masuk kelas pun rasa semangat! Petang sikit ada pula kelas sivik. Adeh, time ni kiwi dah rasa berat. Bukan apa, dah petang kan. Paham2 jela~ Huhu. Tapi kiwi masuk jugak tau. A5 dan A6. Sama je dua kelas ni. Buku teks tak bawak. Bising. Aih..... Tapi A5 ni boleh tahan la. Dengar cakap. Kiwi denda yang tak ada buku teks dan yang berpakaian serabai. Hei.. gaya samseng pun ada, tapi bila dah pakai smart2 comey jugak depa ni. Hehe.. Yang kiwi tak tahan A6. Urgh! Rasa takmo masuk dah kelas tu! Kiwi suruh berdiri, diorang bising. Kiwi nak ngajar pun takde mood. Keluar je kelas ni mood kiwi betul2 down sampaikan kiwi yang biasa tido pukul 12, boleh tido pukul 10!

Rabu - 5.1.2011
Hari ni relaks sikit. Ada 4 masa, 3 kelas je. Tapi dapat pulak relief kelas form 1. Haih~masuk jela kelas tu. Ada la sorang dua yang nakal. Kiwi suruh diam pon tanak. LAst2 kiwi suruh yang banyak cakap tu berdiri kat depan. Dia tak nak, tapi dah kena marah mcam tu baru la senyap. Sempat pulak tu menyumpah kiwi dalam bahasa cina. Ape, ingat kiwi tapaham ke. Kiwi ni dulu peminat cerita cina tau. Hari2 pun tengok cerita cina sampai kena marah dengan abah. Huhu. Yang tak bestnya bila kena masa akhir. Budak2 ni bukan dengar dah. Dia pk nak balik je..

Khamis - 6.1.2011
Bersedia untuk A6. Rasa tak mo masuk kelas. Ni pulak hari kedua masuk A3. Masa ni kiwi lambat sikit masuk kelas lepas rehat Atas sebab2 tertentu. Kelas budak melayu. Diorang kena marah dengan guru disiplin petang yang ngajar kat sebelah sebab bising. [Padan muka, sapa suruh bising]. Diorang ni semalam elok je. Hari ni dah bising. Kiwi suruh diam pun ta paham. Dah kena denda pun bising lagi. Huh, siapla diorang esok! [Haha]. Then, masa yang ditunggu2 pun tiba Sivik A6. Urgh!! Tak tahan ni. Masuk je kelas lebih separuh student hilang. Gi mana pun tak tau. Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Kiwi cakap pun diorang tamo dengar. Last2 kiwi duduk je tengok ragam diorang. Tak pasal2 yang hilang tadi berterabur masuk kelas duduk diam2. Aik.. Kiwi pelik jugak. Rupanya guru displin lalu. Hemm.. tau pulak takot.

Jumaat - 7.1.2011
Yay! Hari yang ditunggu2 tiba. Tak sabar nak habiskan hari ni. Masuk A10 untuk sivik. Kiwi lambat masa ni. Sempat la pengetua mabik nama :( . Baru minggu pertama dah kena. Bila kiwi masuk je kiwi nampak ada yang senyum. Entah kenapa. Lepas tu diorang tanya, 'Cegu ajar sivik ke?'. Mungkin tak sangka cegu math ajar sivik. [kiwi lagi heran]. Ada jugak budak mintak belajar math. Hehei, tak bolehla. Karang tak pasal2 kiwi kena. So, kiwi ajar jela sivik. Sivik pun sivik la kan. Kelas last untuk minggu ni kelas kiwi sendiri. Diorang ni ada yang tido lagi. Sorang je. So kiwi suruh dia berdiri sampai kiwi rasa dia dah tak mengantuk. Hei.. Tapi bila masa last, paham2 jela. Sibuk je diroang nak balik. Hurm.. Kiwi pun sebenarnya tak sabar nak balik. Hehe.. Bunyi je loceng terakhir, semua berterabur keluar.. Termasuk la kiwi :P

------------------------------------------------------

Haha.. Ni je yang kiwi boleh cerita. Tak boleh cerita lebih2. Bahaya. Huhu.. So, setakat ni je entri terbaru kiwi. Jumpa lagi di lain kali okeyh :))

1 comment:

Amanie Khairunnisa said...

hehe nakal2 eh budak neh. eh2 lupe saya dlu pon same jek 2x8 dgn diorang :P

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)