Cerita pasal kenduri, sebenarnya kiwi buat post ni khusus untuk kawan kiwi yang baru je melansungkan perkahwinan pada 5 Disember tadi. Kiwi ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada PUAN ZUFARIZA!! Sorry u, I tak dapat datang……[rasa salah sampai nangis2..hukhuk].

Sebelum gi utara kiwi ade gak mesej kawan2 yang sama posting kl tapi jawapan yang kiwi terima amat mengecewakan.. [Sob2..] Ada yang dah balik kampung, ada yang tak dapat datang sebab busy dengan orientasi, ade jugak yang senyap je.. So kiwi try ajak kawan baik kiwi yang kerja kat kl, sekadar cuba nasib. Tapi kiwi tak bernasib baik sebab dia pon dah balik kampung. Wuuuuuuuu.... really unlucky lah kiwi on that day.
Kiwi nak gi sorang pun tapi abah pulak tak bagi permission. So kiwi pilih untuk gi kenduri mak su jela, tu pun rasa terpaksa..[teruk..huhu..]. After kenduri ingat nak balik awal tapi family belah mak pulak ajak kami ikut ziarah sedara mara yang duduk area Sungai Petani [masa ni terasa macam hari raya..hehe]. Daripada nak duduk 3 hari jadi 4-5 hari. Tak dapat wish awal [ahad] sebab handphone satu hari off, tak de bateri, tak sempat nak charge. Tak charge sebab ingatkan nak balik hari tu, rupa2nya family ada plan lain. Banyak kali try call zu masa hari sabtu nak bagi tau tapi tak sekali pon dapat. Tak pasti sebab line problem [sebab sana atas bukit] or sebab hp zu sentiasa busy. Huh..panjang pulak..huhu.. Ape pon, mianne zu…Hanya doa yang mampu ku kirim buatmu, semoga zu & suami bahagia hingga akhir hayat dan semoga perkahwinan yang dibina diberkati Allah.. Amin..
p/s: Maaf tak dapat nak berblogwalking malam ni.. Insyaallah esok kiwi jalan2 kat blog kawan2 :))
2 comments:
salam maalhijrah! (:
Salam maalhijrah salwa ismail.
btw sy dah pun follow blog u :)))
Post a Comment