Saturday, December 18, 2010

Segmen: Dulu Aku Nakal!



yay! Tadi jalan2 kat blog abg ben ashaari, terjumpa plak segmen yang sangat2 menarik. So, kali ni kiwi nak join segmen: Dulu aku nakal! pulak.

1. Nama sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk tahun

SK Sungai Nibong - 1994-1999
SAM Pasir Panjang - 2000-2001
SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Syah - 2002-2005

2. Aktiviti ko kurikulum yang korang ceburi

Ada ke? erm..pk jap..oh..PBSM & Persatuan Pengguna

3. Jawatan yang di sandang dulu

Tade..student biasa..ahli biasa..so semua biasa2 la..orang ta feymes..except masa kat SAM Pasir Panjang..Sempat ar gak jadi pengawas pusat sumber masa form 2..

4. Nama guru kesayangan korang

Cikgu haris wagiman, cikgu fizik.. Penuh ngan pengetahuan..hehe

5. Subjek paling disukai dan tak suka

Suka: Fizik + Math. Fizik minat, tapi nak explain kureng sket.

Tak suka: Geografi, sejarah, biologi..euwww... subjek paling ngantuk ok... tak sempat habis satu perenggan dah tercampak dalam mimpi. Bio tu lansung ta paham..

6. Kawan baik masa sekolah

SK: Anis salwa

SAMPP: Saadah karim & Anis salwa lagi ;p

SAMT: Miza rifai, suhaili, nadiah shukri, miza badri, miza leman

ee..tetiba rindu kat diorang..hehe

7. Cita cita masa sekolah dulu

Doktor! Tapi takut plak tengok luka.. so tukar profession la..hehe

8. Artis feveret masa sekolah dulu

Malaysia: Search, Siti Nurhaliza..hehehe skrg tak main la..
Lain2: Maroon 5, Simple plan, won bIn..hehhe

9. Perkara yang paling tak dapat dilupakan masa sekolah

ustazah tengah cerita pasal mesir.. sape2 yang dapat mumtaz [90%-100%] masa SMA dia galakkan gi sana. SMA tu exam tuk budak2 skolah agama masa form4 ok. Tiba2 ustazah panggil nama kiwi sebab nak suruh gi mesir [padahal tengah syok2 tido time tu]. So saadah tu kejutkan la. Erm..kiwi yang duduk tepi pintu pun bukak mata, usha2 kat luar dulu..baru pandang ustazah. Satu kelas [dalam 100 lebih student, so 100 pasang mata] duk pandang kiwi. Cam tunggu jawapan. Time ni series tengah blur2...Bangun tido la katakan. "saadah, ustazah tanya apa?". "Ustazah suruh budak mumtaz stay lepas SPM, AMik STAM, gi mesir". ouh..kiwi pun pandang ustazah, senyum2 je..pastu sambung tido.. Haha..rasanya time ni ustazah memang speechless la.. Masa rehat bila pandang je mata budak2 kelas semua senyum2 kambing. Ngee~Bila ingat balik memang malu.. So moral of the story, jgn tido time kelas ok..

10. Jika dapat kembali ke zaman persekolahan , apakah yang ingin korang lakukan

nak bersihkan nama daripada segala jenis gosip kat skola [i tak suka gosip ok] & tanak jadi diam lagi.. haih...Kiwi tau, Masa lalu yang jauh pasti takkan kembali

11. Ceritakan kenakalan yang tak dapat dilupakan sewaktu sekolah dulu

Masa form3 kiwi budak baru, kena buli ngan akak otai form5. [benci! >.<]. So, masa form5 kiwi buli balik adik2 baru [haha, jahat!]. Boleh kira berapa kali gi surau masa form 4. Bila dengar warden nak buat checking baru la kelam kabut pakai telekung lari2 gi surau. Haha.. Lepas tu ponteng masa study, lepak dalam dorm sorang2. Pernah ar cikgu misah wt sportcheck, trus nyorok balik baldi2. Fuhh..seb tak kantoi.. Pernah gak ponteng kelas tambahan masa form5 pasal tertido. bangun2 miza rifai kata kelas dah habis.. Lha..pukul 5 suda rupanya.. Haha..

After all..tak la nakal sangat kan.. hari ni, berjaya gak memegang satu gelaran. harap2 anak murid nt tak macam kiwi ;p

6 comments:

anip said...

x takot ade hantu ke tggl sorg2 dlm dorm...hahah

kiwi said...

heheh.. siang berani la

anip said...

huiyoo...SMA mumutaz tuuuu :p
hehehe

kiwi said...

alhamdulillah syukur, rezeki masa tu memang murah :)

anip said...

npe awk x nak amek STAM g egypt eh...
x minat eh?
;)

kiwi said...

byk..nk explain satu2 ke? hehe

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)