Monday, December 27, 2010

jom kembali ke sekolah!

Yay! Hari ni penat gila~ Bangun pagi2 siap, pukul 7.30 gerak ke sekolah. Macam 6 tahun yang lalu je rasa. keh3~. oh, hari ni hari 1st untuk kembali ke sekolah tau. Sekolah tak bukak lagi. Cuma kiwi kena gi sekolah. Belajar?? Tak. Memulakan tugas sebenarnya. Bukan tugas apa pun, sekadar tolong pihak sekolah mana yang perlu. Menguruskan fail penyelaras tingkatan & guru tingkatan, buat buku panduan untuk guru2 dan susun fail akademik pelajar tingkatan 3 yang akan naik ke tingkatan 4 tahun baru nanti mengikut kelas yang telh ditetapkan. Huhu, satu form ada 12-13 kelas. Satu kelas majoriti 40-45. Fuyooo~ diorang ni tak rasa crowded sangat ke?? 30 pun dah lebih [pada kiwi la]. Kelas paling pandai yg ke 12. Semua student cina. Ehem, apesal melayu tade ha..

Dalam pada tengah buat keje tu, penyelia petang panggil beberapa orang daripada kami. Nak bagitau dapat subjek ape. 1st name yang dia panggil, kiwi. Fuh~ Debar gila nak tau subjek ape.. Cuba teka~ Hehehe.. Kami ada 5 orang. Semua tak dapat ajar subjek major kecuali sorang. Teka siapa yang bertuah tu? Heheh.. Jeng3~ Kiwi la.. Kiwi dapat ajar math form 2 dengan sivik [erk!]. Kawan2 kiwi kena ajar sejarah, geografi, seni, sivik ngan bi. Semua daripada option math, fizik, biologi & kimia. Sian gila kat depa~ Syukur alhamdulillah la kiwi dapat. Tapi kiwi kena pegang kelas. Auch! Busy gila nanti.. Lupa nak tanya penyelia petang tu kelas apa. harap2 kelas elok. Bukan apa, malas nak settlekan masalah disiplin student @ yuran @ apa2 yang remeh! Bukan sikit kerja guru kelas tau!

Lepas dah siap kerja yang macam kerja kilang a.k.a robot elektronik tu, kiwi ngan housemate gi carrefour. Konon nak beli kelengkapan rumah la. Woh~ sekali tengok harga.. Tak mampu! Maklumlah, tengah sengkek ni. So, usha barang kat save more jela. Tu pun banyak barang tak de. Maggie pulak lagi 21 hari nak expired. Haiyaa.. Nampak sangat~So, beli yang penting je dulu.

ouh, sangat kepenatan mata ini. Tapi masih mau bw ke mana2 dulu, takut esok tak sempat. Esok pun kena gi sekolah lagi. Kerja siang tadi ada lagi. Lusa pulak ada meeting dengan semua guru. Nebes.. Nebes.. Hihi.

4 comments:

Ayuni said...

selamat kembali ke sekolah...

Amanie Ashraff said...

ouh ckgu kiwi rupenye ^^

anip said...

selamat kembali ke sekolah cikgu...
hehe...best la dpt ajar subject yg kiwi nak...:)

kiwi said...

ayuni: tq :)

Amanie ashraff: hehe

anip: yup, suka3~ :)

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)