Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…
“Duit gaji pertama kamu nanti, bagi semua kat Mak Ayah. Baru ada berkat di sebalik rezeki yang kamu dapat tu.”
Itu nasihat yang dititipkan seorang ustazah ketika saya berada di tingkatan 5. Ketika itu saya berazam untuk lakukan perkara yang sama dan setelah memasuki alam praktikal nasihat tersebut terngiang-ngiang kembali.
Bagi insan seperti saya yang masih belum mempunyai keluarga sendiri, pastinya kegembiraan paling besar ialah melihat senyuman Mak dan Abah. Tak terungkap perasaan jika mereka tersenyum saat saya katakan “Ni gaji pertama yang Adik dapat, Mak, Abah”.
Mungkin tidak ramai yang sedar, di sebalik pemberian tersebut insya Allah akan adanya restu yang amat tinggi nilainya yang seterusnya akan membawa kepada keberkatan rezeki. Bagi seorang anak, restu ibu bapalah yang paling penting dalam menjamin kejayaan hidupnya.
Kata ustazah, kebanyakan individu sangat gembira membelanjakan gaji pertama untuk membeli itu dan ini. Bila semua hajat dipenuhi barulah terfikirkan bahagian untuk ibu bapa sedangkan pada waktu itu gaji yang tinggal hanya cukup-cukup untuk makan sehingga dapat gaji berikutnya.
Akhirnya ibu bapa memendam rasa, kurang keberkatan pada gaji si anak dan si anak mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan. Itu yang sering berlaku namun tidak ramai yang sedar punca akar masalah.
Tidak saya nafikan, dalam kehidupan sekarang yang amat memerlukan wang, agak sukar untuk diserahkan keseluruhan gaji kepada ibu bapa. Mungkin boleh cuba berikan bahagian yang lebih sedikit berbanding yang akan diberikan pada bulan-bulan berikutnya. Jika selepas ini wang yang akan diberikan ialah RM150 sebulan, mungkin tidak salah berikan RM300 dari gaji pertama.
Tidak dinafikan kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan duit gaji anak-anak, namun tidak salah memberi. Sedari dalam kandungan pelbagai kehendak kita dituruti maka sesekali biarlah mereka pula gembira.
Terkenang kisah seorang yang saya kenali. Selepas tamat SPM dia sempat bekerja selama sebulan dengan sebuah syarikat. Jumlah wang yang diperoleh itu merupakan pendapatan pertamanya dan nilainya tidaklah terlalu besar.
Dari awal lagi dia sudah merancang wang tersebut ingin digunakan untuk membeli barang-barang keperluan untuk ke alam matrikulasi. Seronok dia membuat senarai barang yang akan dibeli dengan duit tersebut dan bakinya dia rancangkan untuk dimasukkan ke dalam bank.
Alhamdulillah pada minggu-minggu terakhir bekerja dia teringat kembali pesanan ustazah. Pada waktu itu dia tersedar kebenaran kata-kata ustazah bahawa gaji pertama selalunya “tercicir” daripada diberikan kepada ibu bapa. Dia putuskan untuk belanjakan sedikit wang tersebut untuk keluarga dan jelaskan kepada ibi bapanya bahawa baki gaji tersebut akan digunakan untuk membeli barang keperluan.
Menangis keharuan dia pada malam tersebut apabila melihat ahli keluarga gembira. Yang dibelikan hanyalah 50 cucuk sate tetapi mereka kelihatan puas dan itulah perkara paling bermakna dalam hidup seorang anak.
Mungkin terdapat keberkatan di sebalik pemberian tersebut, akhirnya semua barang yang disenaraikan berjaya dibeli dan dia masih punyai baki untuk disimpan. Malah sepanjang berada di matrikulasilah banyak perubahan positif berlaku dalam dirinya, dia pasti tentang itu.
Dari sudut rezeki pula, dia kurang berbelanja di matrikulasi kerana keperluan sentiasa cukup, maka elaun yang diperolehi dapat disimpan dan nilainya mencecah 4 angka! Paling menakjubkan apabila dia yakin wang sudah hampir habis, didapati masih terselit not RM 50 di dalam dompet. Beberapa kali perkara ini terjadi, membuatkan dia terfikir mungkin ada kaitannya dengan gaji pertama tersebut. Allah lebih mengetahui.
Apa pun, benarlah kegembiraan dan restu ibu bapa akan memudahkan masa depan seorang anak. Apabila rezeki pertama dikongsi bersama mereka, insya Allah akan melimpah ruah kesenangan selepas ini. Mungkin tidak diberikan dalam bentuk material tetapi pada aspek kesihatan, ketenangan fikiran, rakan-rakan yang soleh atau dalam bentuk lain yang mungkin tidak terfikirkan.
Baru-baru ini saya ceritakan kepada Mak tentang harga rendah tiket penerbangan MAS ke Sarawak, dengan sedikit harapan Mak akan menjawab “Okey, hujung tahun ni kita pila”. Haha, memang jahat niat yang terselit di hati pada waktu itu.
Namun akhirnya saya dibidas kembali bila Mak berkata “Nanti dah kerja boleh kot bawak Mak pi sana” dengan wajah selamba tanpa perasaan. Lalu bibir terkunci dan hati seorang anak bermonolog seketika “Er, aku kena balik! Padan muka aku!”. Saya sedar respons yang Mak berikan itu hanyalah sebuah gurauan, apa yang dikatakan tidak dimaksudkan langsung namun saya berazam hajat tersebut akan cuba saya penuhi setelah berkerjaya kelak.
Insya Allah Mak, Adik akan cuba bawak Mak Abah pi Sarawak. Niat sebenar nak bawak ke Mekah tapi dalam keadaan sekarang macam amat susah ja (tapi tak mustahil, SyuD!).
Jadi kepada para pembaca yang mengenali rapat diri ini, kalau saya kelihatan seperti lupa menunaikan azam tersebut setelah berkerjaya kelak, tolonglah ingat-ingatkan saya. Bimbang juga jika nanti saya terlalu leka dengan hidup hingga mengabaikan sebuah hasrat
sumber: facebooknote
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Adam
(7)
Alaf21
(2)
Award
(10)
Beble
(43)
Ben Ashaari
(6)
Blog
(20)
blurr
(13)
Bola
(1)
borang
(2)
Buffered Earning
(2)
Cikgu
(16)
Cinta
(13)
Class
(11)
Comel
(5)
Contest
(37)
Dakwah
(15)
Entertainment
(9)
Exercises
(23)
Fakta
(28)
Famili
(15)
Follower
(4)
Food
(1)
Form1
(8)
Form2
(11)
Form3
(11)
Form5
(18)
Formulae
(23)
Friends
(13)
Funny
(15)
Gempak
(6)
Giveaway
(44)
Guru
(11)
Hawa
(12)
Hlovate
(3)
Iklan
(10)
induksi
(2)
interview
(2)
Jemari Seni
(2)
Jiwa Kacau
(37)
Jurulatih Utama
(3)
Kereta
(5)
Kertas 1
(4)
Kiwi
(38)
Koleksi Soalan SPM Matematik
(12)
Koleksi Soalan Ulangan SPM
(11)
Komik
(2)
Kucing
(8)
Latihan
(8)
Link
(4)
Lyrics
(3)
Matematik
(4)
Mathematics
(38)
Motivasi
(21)
Movie
(1)
Notes
(27)
Novel
(4)
Nuffnang
(7)
Panas
(12)
Past Year Questions
(19)
PBS
(10)
Petua
(2)
PT3
(4)
Puisi Kreatif
(13)
RAM
(1)
rpt
(9)
Segmen
(16)
Sekolah
(44)
Senarai semak
(5)
senarai semak pbs
(6)
SPM
(19)
SPM Math Form 5
(12)
SPMU
(11)
spp
(1)
Story
(26)
Student
(34)
Surat
(5)
Tagged
(18)
Tazkirah
(30)
Tips
(51)
Tutorial
(19)
Wordless Wednesday
(4)
6 comments:
sori.. terpaksa tinggalkan komen kat sini... tggu chatbox xmuncul2.. sy tag awk dalam latest entry.. kalau ada masa,singgah yer..tuntut award.. selamat mlm.. :)
http://swiftforme.blogspot.com/2010/12/semanis-tebu.html
mari bersame2 mnjadi anak soleh ;)
bagusss....nak ikut gak la...btul tu...huhu...tapi aku x dpt gaji lg...ko da dpt?
mula2 maybe aku leh bg banyak...tp pasni skit je kot...sb da ada family sndiri kan...huhu
sy pun nak bawak mak ayah jalan2 guna gaji sy nanti
terasa lambat sgt la pulak nk besar
huhu
by the way,
sy tag awk kt entry terbaru sy
sila ushar la ye
:)
insya-Allah klu dah niat dpd awal mesti akan tertunai nanti...
btw dah jd follower yer
lynn angel: 0k :)
anip: jom kita :)
zu: blom lorh.kl lmbt sikit. hehe..tak pe aslkan pemberian tu ikhlas
inipaencomot: niat baik insyaallah Allah permudahkan. Yg penting kena kummpul dulu lah, agak2 cukup syarat gi daftar kt tabung haji :)
lina: betul lina. okies..t kiwi terjah lina pulak ;p
Post a Comment