Friday, December 31, 2010

Esok masih ada

Uiks! Dah masuk 31 disember ni. Mata dah ngantuk. Tadi duk urus fail untuk kemasukan pelajar tahun 2011. Kiwi jadi guru kelas. Urghh! Banyak gila kerja nak kena buat. Still blurr2 ape nak buat untuk hari 1st buka sekolah nanti. Semalam meeting dapat buku panduan guru 2011. Benda 1st yang kiwi tengok: cuti raya cina. Hehe. Dari sabtu ke ahad. Bila kira2... Nah.. 9 hari! Yay! Tak sabar rasanya. Haha, Belum start sekolah dah pk pasal cuti. Tu belum sekolah ganti lagi.

Kelas yang kiwi pegang semua student chinese. Lelaki 26, perempuan 16. Semua budak lama kecual sorang baru masuk. Adeh, kena uruskan kemasukan budak baru la pulak. Leceh rasanya. Harap2 sepanjang 2011 tak de la yang nak keluar atau masuk dah. Biar 42 sampai hujung tahun. Senang keje kiwi. [nak senang je kejenya ;p]

Pagi tadi meeting guru tingkatan dan penyelaras tingkatan. Lepas meeting round sekolah tengok kelas & bilik guru. Adeh, sakit kepala tengok bilik guru yang tecik. Patut ke 100 guru disumbat kat tempat yang sama? Habis, kita orang yang lagi 12 orang ni nak campak mana. Dah survey tempat kosong, tapi tempat2 tersebut tak strategik. Ada yang di 'bawah tadahan air' atau diapit oleh 'bodyguard berjambang'. Yang elok semua telah dibooked! Woooppsss.. Ngumpat sekola plak. Harap maaf. Haha.

Pagi ni, 7.30 pagi sekolah akan menerima LEBIH 100 orang pelajar lagi. Selamat Datang diucapkan. Cecece, padahal bukan budak2 tu ada baca belog kiwi ni pon. Haha. Dah, mau tito la. Esok tamau lewat subuh. Since esok jumaat, Jangan pulak gi sambung tido. Elokla kita baca Mathurat & Surah Yassin lepas subuh. Amalkan hari2 lagi bagus. Insyaallah, berkat~ :))

7 comments:

anip said...

nti cine2 tu mesti nakal...
faham ke diorhg bahasa melayu.. :D
haha..joking..
klo diorg x phm bhse melayu,sekeh je kepala sbb dh ddk malaysia lame kot..

kiwi said...

nakal xtau la
tp menurut cikgu2 lama, bukan bahasa melayu je, bahasa inggeris pun diorang tak paham.
pengetua dah warning awal2, jgn sentuh budak2 tu. kalau geram pun, bagi je nama. nanti pengetua tolong rotankan. pengetua ni garang tau! heheh

anip said...

wow...really...then u shud be more careful dealing with them..use any kind of strict yet gentle approach when dealing with them

kiwi said...

heheh, oledy advised by the expirience teacher that we have to be such a scariest person in our first meeting. Haha can i? just wait n see..

anip said...

well..if they said so,meaning u have to follow what the experienced tcher did.my dad also working in chinese school,he said the teacher must be firm and stick with the decision,acting cool yet strict and dont be intimidated by the student's action.
let's do ur best...fighting!

Mimi Jazman said...

yup.. i like that! berkat...

kiwi said...

renung2kan dan selamat beramal :))

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (13) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (16) Cinta (13) Class (11) Comel (5) Contest (37) Dakwah (15) Entertainment (9) Exercises (23) Fakta (28) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (18) Formulae (23) Friends (13) Funny (15) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (11) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (37) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kertas 1 (4) Kiwi (38) Koleksi Soalan SPM Matematik (12) Koleksi Soalan Ulangan SPM (11) Komik (2) Kucing (8) Latihan (8) Link (4) Lyrics (3) Matematik (4) Mathematics (38) Motivasi (21) Movie (1) Notes (27) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (12) Past Year Questions (19) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (44) Senarai semak (5) senarai semak pbs (6) SPM (19) SPM Math Form 5 (12) SPMU (11) spp (1) Story (26) Student (34) Surat (5) Tagged (18) Tazkirah (30) Tips (51) Tutorial (19) Wordless Wednesday (4)