Friday, June 1, 2012

Bersederhana dalam semua hal, bukankah itu lebih baik bagi kita?

Assalamualaikum.

Lama dah tak menulis dalam blog ni. Asyik post pasal nota matematik sampaikan pengunjung blog yang singgah boleh dikatakan 95% adalah student. Bukan tak de masa nak update, cuma idea yang datang lebih banyak yang bersifat emosi. Jadi, diam itu 1000 kali saya fikirkan lebih baik. Bukankah begitu?

Berbalik kepada tajuk. Pelbagai ragam manusia dapat saya lihat sepanjang hampir 25 tahun saya hidup. Ya, masa yang agak lama bukan? Saya bukanlah seorang yang talkative, jadi saya lebih senang melihat sekeliling dan memikirkan kebaikan, keburukan, sebab, kesan dan lain2 yang berkaitan sesuatu perkara. Sesuailah dengan nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya.

Cumanya, hari ni saya dapat lihat kesederhanaan tu semakin dilupakan. Manusia seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik, terkuat, terhebat, terkaya dll. Okey, dalam sesetengah hal ianya mampu memberi kesan positif kepada kita namun dalam sesetengah hal lagi tidak. Mari saya berikan contoh.

A sudah mempunyai sebuah rumah yang sangat besar. Jika nak dibandingkan dengan orang lain, rumahnya antara rumah terbesar di kawasan tersebut. Namun bila adiknya membina rumah baru di tapak sebelah rumahnya, dia merasakan rumahnya buruk dan sering merasa tidak puas hati walhal rumahnya baru sahaja diperbaharui di sesetengah bahagian. Sejak itu dia sering mengeluh mengatakan penat mengurus rumah besar dan alangkah baiknya jika mempunyai sebuah rumah batu seperti adiknya.

Saya rasakan tindakan ini tidak wajar. Rumah adalah tempat yang paling selesa bagi setiap orang. "Home sweet home". Jadi ianya terpulang pada kita untuk menentukan selesa atau tidak rumah tersebut. Tak kiralah rumah tu cantik atau tak, baru atau tak, besar atau tak. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Lihat sekeliling. Ada orang rumahnya hanya mampu berdinding kayu berlubang2 sedangkan sesetengah kita mampu tidur selesa tanpa nyamuk ditambah dengan aircond. Tak cukup lagikah dengan nikmat yang kita ada??

Saya betul2 geram. Ah, sudahla. Penat kita membebel tapi bukan ada orang peduli. Semua orang ingin kelihatan hebat di mata manusia. Pada fikiran saya, hebat tu bukan boleh bawa ke mati pun. kan? BERSEDERHANALAH ITU INDAH..

3 comments:

syukrann said...

biasala manusia yang tdk bole melihat org lain lebih dr dia..jenis y x reti bersyukur...harap kita dijauhkan dr sifat2 tu...

syukrann said...

mmg ade manusia y mempunyai sifat x tau bersyukur ni..bila org lain lebih dr dia, dia akan lawan..harap kita dijauhkan dr sifat mcm ni..bersyukurlah sentiasa...

Best Business Brands said...

dari dalam hati… .... aku mula risau bila nak daftar praktikum di semester akhir. risau kalau berjauhan ... 8. sanggup hidup bersederhana.. hmm ...

Labels

Adam (7) Alaf21 (2) Award (10) Beble (43) Ben Ashaari (6) Blog (20) blurr (11) Bola (1) borang (2) Buffered Earning (2) Cikgu (9) Cinta (13) Class (6) Comel (5) Contest (36) Dakwah (15) Entertainment (8) Exercises (7) Fakta (27) Famili (15) Follower (4) Food (1) Form1 (8) Form2 (11) Form3 (11) Form5 (2) Formulae (15) Friends (12) Funny (14) Gempak (6) Giveaway (44) Guru (7) Hawa (12) Hlovate (3) Iklan (10) induksi (2) interview (2) Jemari Seni (2) Jiwa Kacau (33) Jurulatih Utama (3) Kereta (5) Kiwi (37) Komik (2) Kucing (8) Link (2) Lyrics (2) Mathematics (22) Motivasi (17) Movie (1) Notes (20) Novel (4) Nuffnang (7) Panas (9) Past Year Questions (5) PBS (10) Petua (2) PT3 (4) Puisi Kreatif (13) RAM (1) rpt (9) Segmen (16) Sekolah (35) Senarai semak (5) senarai semak pbs (5) SPM (4) spp (1) Story (24) Student (25) Surat (5) Tagged (15) Tazkirah (30) Tips (40) Tutorial (10) Wordless Wednesday (4)